Rumah Majlis Berbuka Puasa Kelana

Tarikh: 11 Oktober 2007 bersamaan 29 Ramadan 1428
Hari : Khamis
Masa: 6.30 ptg.
Destinasi: Rumah Tn. Hj. Mazlan b. Hj. Zaini

Alamat :

Lot 2055, Bt. 45 ½, Jln. Johor,
86200 Simpang Renggam, Johor.


Jangan lupa, marilah hadir bagi memeriahkan majlis.
Kami tunggu anda di sana ...........

Keterangan lanjut sila hubungi : sdr. Zaid (0194332195) atau
sdr. Azman (0122631741)

Keratan Akbar : BERITA MINGGU

Sabtu 29 September 2007/ 17 Ramadan 1428

Seri Paduka Penaung Persekutuan Pengakap

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam berkenan menjadi penaung Persekutuan Pengakap Malaysia bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Baginda juga berkenan untuk memberi anugerah tertinggi kepada pengakap remaja, iaitu Sijil Pengakap Diraja yang ditandatangani baginda sendiri sebagai penaung Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan Raja-Raja Melayu, penaung pengakap negeri. Perkenan itu dinyatakan Seri Paduka kepada Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh, pada majlis menghadap di Istana Terengganu di sini, semalam.

Turut menghadap Anggota Tertinggi PPM itu Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Kolonel Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar; Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Abdul Shukor Mohsin dan Setiausaha Agung yang juga Ketua Setiausaha Eksekutif PPM, Mohd Zaki Nurud-Din. Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Mohd Shafie berkata, perkenan Seri Paduka menjadi penaung dan menganugerahkan Sijil Pengakap Diraja adalah pengiktirafan kepada PPM, khususnya di Wilayah Persekutuan. Katanya, sijil itu hanya diberi bagi mereka yang lulus beberapa ujian kepengakapan PPM.


"Jika tidak ada halangan, anugerah itu akan dimulakan tahun depan," katanya. Beliau berkata, PPM juga sedang mengambil langkah ke arah membentuk gabungan Persekutuan Pengakap Asean bagi mengukuhkan kerjasama badan itu di rantau ini. "Kita sudah berbincang dengan semua Pesuruhjaya Pengakap Asean dan mereka menyatakan persetujuan membentuk gabungan itu. "Perkara ini pernah dibincang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhiyono di Jakarta, beberapa bulan lalu ketika beliau menerima pingat tertinggi pengakap Indonesia. "Kita juga sudah memaklumkan kepada Sekretariat Asean di Jakarta berhubung perkara itu (pembentukan Persekutuan Pengakap Asean)," katanya. Mohd Shafie berkata, Raja Sweden selaku Presiden Kehormat Yayasan Pengakap Sedunia, Karl Gustav XVI, juga akan menghadap Tuanku Mizan pada 3 Oktober ini, bagi membincangkan aktiviti pengakap di negara ini. Sementara itu, Kamaruddin berkata, PPM mensasarkan menjelang 2010, persekutuan itu akan mempunyai sejuta ahli dan menjadi antara badan kerajaan yang akan mempelopori program untuk keamanan sejagat. Katanya, ketika ini ada kira-kira 26 juta ahli pengakap di 166 negara termasuk 250,000 di negara ini.

BERITA : Mesyuarat Jawatankuasa Jambori Antarabagsa Johor 2008

Tarikh : 29 Sept. 2007 (Sabtu)
Masa : 2.00 ptg.
Tempat : Kem Jubli Intan, Tg. Laboh

Turut diadakan Majlis Berbuka Puasa, khabarnya

yang hadir semuanya Pen. Pesuruhjaya Negeri
dan Pesuruhjaya Daerah. Antara yang menjadi
tajuk perbincangan utama, pelan tindakan
semua jawatankuasa yang terlibat.

Camporee Muhibbah ke-14

Saudara kelana yang berminat dijemput untuk bersama kontinjen
Pengakap Negeri Johor bagi menyertai program di atas.

Tarikh : 30 Nov. hingga 5 Nov. 2007
Tempat : Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr. Ismail
Yuran : RM70.00 seorang

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
Ketua kontinjen En. Kamis b. Hasan (DC Mersing)
di talian 017-7034686.

Majlis Berbuka Kelana

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh Majlis Berbuka Kelana Negeri
akan dipinda ke 11 Oktober 2007 (Khamis), bersamaan
29 Ramadhan 1428H. Tempat dan masa masih sama.
Harap maklum.

Salam Perantauan

Salam Pengakap . . . . .
Kepada semua saudara kelana yang berada di luar sana,
Mungkin anda berada di negeri orang atau di luar negara sedang
menuntut mahupun bertugas, selamat menjalani ibadah puasa.
Bersempena menanti saat ketibaan lebaran, jangan lupa kaum keluarga,
sanak-saudara, rakan-taulan di kampung. Pulanglah ke kampung halaman
bila hari raya nanti. Jika tidak berpeluang hantarlah kad hari raya atau
khabar walau dengan apa cara sekalipun. Yang berpeluang pulang beraya,
rancanglah perjalanan anda sejak awal lagi. Dan berhati-hati di jalan raya.
Semoga selamat sampai ke pangkuan yang tersayang.
Selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung halaman.

Sukarelawan : Petugas Jambori (Helper)

Anda berminat menjayakan Jambori Antarabangsa Johor 2008,
sertailah kami sebagai petugas rasmi. Antara kelayakan asas adalah :

1. warganegara Malaysia
2. ahli kelana negeri Johor
3. komited dan sanggup menerima cabaran

Segeralah mendaftar dengan menghantar email kepada kami.
Apa tunggu lagi? Cepat, sebelum terlewat . . . . . . . .

Program Kelana Negeri 2008

Kelana Negeri Johor akan menyusun progran dan aktiviti untuk tahun 2008.
Bagi menggalakkan penyertaan serta memenuhi keperluan para ahli, kami
akan menimbang syor dan cadangan saudara-saudara di luar sana. Segala
idea yang bernas serta membina amat dialu-alukan. Bersama-sama kita
merialisasikan satu matlamat yang gemilang.

Terima kasih di atas sokongan anda.

JAJ 2008 pada MAC

Khabar angin bertiup kencang.....

Jambori Antarabangsa Johor ke-24, akan diawalkan tarikhnya kepada
bulan Mac 2008. Ini sesuatu yang menarik, dan pasti ada berita baik bagi
semua ahli Pengakap yang akan menyertainya. Walaupun berita ini adalah
tidak rasmi, tetapi sumber yang diperolehi ini merupakan satu isyarat
kepada anda yang ingin turut serta supaya bersedia dari sekarang.

Jumpa anda di sana.

Email Rasmi Kelana Johor

Selari dengan perkembangan ICT, Majlis Kelana Negeri Johor
mengorak selangkah lagi dengan melancarkan email rasmi.
Ia bertujuan memudahkan semua ahli dan orang ramai
untuk berhubung terus pada bila-bila masa,
tidak kira di mana jua anda berada,
segalanya dihujung jari.

Kami MKNJ berharap semua pihak dapat memanfaatkan kemudahan ini,
di samping memberi keuntungan atau kebaikan kepada semua pihak.

Berhubung terus dengan kami menerusi : kelanajohor@yahoo.com

"Kami pasti berada disisi anda selalu".

Pendaftaran Ahli Kelana 2007/2008

Jika anda di luar sana yang bermotivasi tinggi atau gemar
dalam pergerakan pasukan sukarelawan Pengakap,
sila daftarkan diri anda sekarang.

Mungkin anda seorang bekas ahli Pengakap atau sebaliknya,
aktifkan diri anda dengan BERPENGAKAP. Segera berhubung
dengan wakil kami di setiap daerah iaitu melalui Pesuruhjaya
Pengakap Daerah atau Penolong Pesuruhjaya Daerah Unit Kelana,
atau en. Azman Zakaria (Setiausaha Majlis Kelana Negeri) di talian:
012-2631741, untuk keterangan lanjut.

Syarat-syarat am seperti :
1. berusia 17 tahun ke atas.
2. yuran wajib sebagai ahli PPM sebanyak RM10.00 sahaja.

Penyertaan dan sokongan anda amat dihargai serta dialu-alukan.

Sambutan Hari Keluarga di Ambang Kemerdekaan

30 Ogs. 2007
Bertempat di Surau Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh.

Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-50, pihak penyelia kem dan ahli jawatankuasanya telah menganjurkan program empat dalam satu, iaitu hari keluarga PPM Negeri Johor, Yasin dan tahlil bagi arwah bekas pemimpin-pemimpin Pengakap terdahulu,
serta sempena pembukaan surau wanita baru.

Terima kasih di atas inisiatif penganjur, dan tidak dilupakan sokongan padu dari para tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis ini.

Kelana Johor Menyertai 1st Brunei Rover Moot 2007

6 Sept. 2007
Bertempat di Dewan TIGS, Batu Pahat.


Satu majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Johor telah diadakan.
Seramai tujuh orang ahli kumpulan ini akan berangkat ke Brunei dari KLIA.
Para peserta akan berkampung di Pusat Latihan Pengakap Kebangsaan,
Kompleks PPNB, Jalan Gadong dari 7 hingga 11 Sept. 2007. Antara yang
turut serta dalam kontinjen ini adalah :

Tn. Hj. Yaacob b. A Karim
Penasihat
Pn. Nursidah bt. Ab Hamid
Ketua Kontinjen
En. Norhizat b. Mahad
Pen. Ketua Kontinjen

Siti Syafiqah bt. Bachok
Azwazee bt. Mohd Daim
Nurlina bt. Rahim
Nor Shahira bt. Daud
Nur Aifaa Aqilah bt. Abd Latif

Syabas di atas komitmen tinggi anda, dan selamat pulang ke tanahair.

Perbarisan Sempena 50 Tahun Kemerdekaan : KEMAS

9 Sept. 2007
Bertempat di Dataran Parit Sulong, Batu Pahat.

Seramai lebih kurang 500 orang hadir memeriahkan acara ini.
Peserta yang terlibat terdiri daripada ibu bapa, dan anak-anak
Tadika Kemas. Penuh warna-warni dan sungguh ceria. Tahniah
diucapkan kepada barisan urusetia dan petugas. Tidak ketinggalan
juga pasukan Pengakap dari Pt. Sulong yang turun padang bersama
membantu. Orang pentadbiran PPNJ turut diundang sebagai hakim
perbarisan dan juruacara majlis tersebut. Tidak kira di mana tempatnya,
Pengakap sedia membantu.

Kelanasiswa UPSI Berkursus

6 hingga 9 Sept. 2007
Bertempat di Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh.

Seramai 26 orang peserta Kelanasiswa dari
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim,
telah mengadakan Kursus Manikayu Peringkat Satu.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh
Tn. Hj. Mohd Ali bin Hj. Mohd Noh, PPNJ Pentadbiran
merangkap Setiausaha Majlis Pesuruhjaya Negeri Johor.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada saudara-saudari
yang telah berjaya, ini menandakan anda telah maju
setapak lagi ke alam Kepemimpinan Pengakap.

Selamat Berpuasa

Assallamualaikum dan Salam Ramadhan al-Mubarak.

Selamat mengerjakan ibadah puasa,
dan solat Sunat Tarawih diucapkan kepada semua
kaum muslimin dan muslimat yang melayari blog ini.
Bersempena bulan yang mulia ini marilah
sama-sama kita meningkatkan amalan
serta memperbanyak sedekah,
semoga beroleh keberkatan
di atas segala usaha
dan kesabaran diri.

Daripada PPNJ Kelana dan seisi keluarga.

Aktiviti Kelana Johor

Sabtu, 9 Sept. 2007.
Satu mesyuarat Majlis Kelana Negeri Johor telah diadakan seperti butiran berikut :
Tempat : Rumah Pengakap Daerah Muar
Masa : 2.30 petang

Antara program yang dijadualkan pada bulan Ramadhan hingga Syawal seperti :

i. 6 Okt. 2007 (Sabtu)
Majlis Berbuka Puasa
bertempat di No. 2055, Batu 45 1/2,
Jalan Johor, 86200 Simpang renggam, Johor.
[ Majlis bermula dari 6.30 petang]

ii. 20 Okt. 2007 (Sabtu)
Majlis Marhaban Kelana Johor
bertempat di daerah Batu Pahat.
[ Majlis bermula dari 10.00 pagi]

iii. 18 Nov. 2007 (Ahad)
Perjumpaan Kelana Johor (Road Show)
bertempat di Rumah Pengakap Daerah Pontian,
Serkat, Pontian.
[ Majlis bermula dari jam 2.00 petang]

Kepada ahli-ahli kelana Johor yang berminat menyertai sila hubungi
sdr. Azman Zakaria (012-2631741) @ sdr. Zaid Mazri Buhari (019-4332195)

* Tarikh dan masa tertakluk kepada pindaan semasa.

Selamat Datang


Assalamualaikum dan Salam Pengakap,

Kepada semua rakan-rakan... selamat datang diucapkan.

Jika ada perkembangan terkini, sila maklumkan di sini.

Terima Kasih.