Pentarafan Pengakap Raja Tahun 2008

Pentarafan Pengakap Raja Tahun 2008 Peringkat Negeri Johor
akan berlangsung dari 9 hingga 13 Mac 2008 bertempat
di Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh Batu Pahat.


Kami warga kelana mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
selamat menjalani ujian kepada semua calon-calon Pengakap Raja,
semoga anda dapat menghadapinya dengan sukses dan cemerlang.

Walimatul Urus : Puteri Kepada Pesuruhjaya Negeri

Tarikh : 9 Feb. 2008
Hari : Sabtu

"Selamat Pengantin Baru" diucapkan kepada

Pn. Nasreen Hj. Yaacob dan En. Yusfadlisha Mohd Yusop

serta "Selamat Menerima Menantu" diucapkan kepada

Tn. Hj. Yaacob A Karim dan Pn. Hjh. Engchon Hj. Mokhtar

Semoga kedua mempelai dirahmati Allah, hidup berbahgia,
dipanjangkan usia serta hidup berkekalan hingga ke akhirat.

Daripada semua warga Kelana Negeri Johor.

Mesyuarat Majlis Kelana Negeri Bil. 1/2008

Tarikh : 10 Februari 2008
Hari : Ahad
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Kem Jubli Intan Tanjung Laboh, Batu Pahat

Agenda Mesyuarat :
1. Pendaftaran ahli dan kumpulan Kelana
2. Program Kelana Negeri Johor 2008
3. Rover Moot Wilayah Jengka, Pahang
4. Jambori Antara Bangsa Johor 2008
5. Lain-lain hal

Diharapkan semua Ahli Majlis Kelana dapat hadir atau menghantar wakil rasmi.

Ucapan Selamat Tahun Baru

" GONG XI FA CHAI "
Kepada semua ahli Pengakap yang berketurunan Cina,
semoga sihat ceria, dipanjang usia dan
bertambah keberuntungan pada tahun 2008.
Dari semua warga Kelana Negeri Johor.