PROJEK MENARA 100% BULOH

Apa cerita nie????? Menara sana. Menara sini.

Nie bukan dongeng, tapi kisah benar. Menara yang kedua dihasilkan dengan keringat, pengorbanan dan semangat Pengakap Malaysia. Kali ini tulang belulang sahabat kelana negeri Johor sedang bertarung dengan tali dan buloh. Malam siang, hujan dan panas menjadi teman sehingga megah si menara di bumi Jubli Intan.

Tunggu.......... Anda pasti akan teruja??!!

SELANGOR MENGEMPUR BATU PAHAT

JANGAN TERKEJUT????

Batu Pahat bukan berhadapan peperangan?..... Penyertaan Selangor merupakan kontinjen terbesar sekali sehingga kini yang secara rasmi telah mendaftar ke JAJ 2008.
386 orang peserta akan mula berkampung dari 15 Nov. 2008
di Sub Kem (1) Endau Rompin, terletak di Bukit Kelana.

Syabas dan Tahniah.

Ucapan Selamat Pengantin Baru

Majlis Kelana Negeri Johor mewakili semua sahabat ingin merakamkan ucapan terima kasih serta terharu di atas ingatan dan kesudian sdr. Zaid & seisi keluarga yang sudi mengundang kami.

Kami berdoa semoga kedua pengantin dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat yang ramai soleh/solehah dan berkekalan bahagi hingga ke akhirat.

ditabur-tabur direnjis-renjis,
beras kunyit air mawar;
dua mempelai penyeri majlis,
sama padan sama lawar......

Pantun dah dijual... tak ada yang nak MEMBELI?

WALIMATUL URUS

BUHARI B. KASMANI & SULIMAH BINI JAMARI

mempersilakan tuan/puan/encik/cik
ahli-ahli Kelana Negeri Johor

untuk hadir ke majlis perkahwinan anakanda

ZAID MAZRI B. BUHARI & NORAINI BT. MUSTAFFA

Tarikh : 26 Oktober 2008
Hari : Sabtu
Masa : 11.00 pg. - 5.00 ptg.
Tempat : D110-1, Kg. Pt. Sentang Batu, Mukim 4, Pt. Sulong, Bt. Pahat

Mesej ini permintaan khas dari pengantin.

Takziah Kepada Keluarga Tn. Hj. Mazlan Zaini (PPNJ Program)

Tarikh : 18 Oktober 2008
Hari : Sabtu
Masa : 5.30 ptg.
Tempat : HSA Johor Bahru

Salam takzim berkongsi kesedihan semua ahli kelana negeri Johor rakamkan kepada seluruh ahli keluarga Hj. Mazlan Zaini di atas pemergiaan anakanda tersayang almarhum Mohamad Fikree Mazlan yang telah kembali kerahmatullah.
Kehilangan almarhum turut dirasai kerana beliau juga membesar serta aktif dalam keluarga Pengakap.

Al-Fatihah

Semoga roh almarhum dicucuri limpahan rahmatNya dan ditempatkan bersama golongan al-Jannah yang beroleh kejayaan di akhirat.

Jemputan JOTA Anjuran PPM Daerah Batu Pahat

Tarikh : 18 Oktober 2008
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi pendaftaran
Tempat : Wisma Pengakap, Jln. Mohd Khalid Batu Pahat
Yuran Penyertaan : RM10.00 seorang

PPM Daerah Batu Pahat dengan kerjasama JOSRAC mempelawa pemimpin Pengakap, kelana dan Pengakap Muda (tingkatan 3)atau sesiapa yang berminat untuk menyertai Jambori di Udara bersempena World JOTA 2008.

Pihak kami mengalu-alukan kehadiran semua pihak bagi menjayakan
program ini.

Mesej dari Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat.

Jemputan Menghadiri JOTA-JOTI 2008

Tarikh : 18 Oktober 2008
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pg. pendaftaran
Tempat : Wisma Pengakap, Jln. Mohd Khalid Batu Pahat
Yuran Penyertaan : RM10.00 seorang

Semua ahli Pengakap Muda (Tingkatan 3) dan pemimpin dalam daerah Batu Pahat diundang khas untuk menjayakan program ini, dan terbuka kepada sesiapa yang berminat.

Masej dari Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat.

WORLD JOTA 2008

Tarikh : 12 Oktober 2008
Hari : Ahad
Temapat : Kem Jubli Intan Tanjung Laboh

Johor Scout Amateur Radio Crew (JOSRAC) telah bersetuju terlibat dalam penyertaan World JOTA 2008 dengan melibatkan penyertaan daripada 4 daerah;

Tenang Stesen, Segamat : Dr. Hairuddin (9M2KMA-9M1CSI)
Dataran Sg. Sarang Buaya, Muar : Mr. Kamal (9M2FX-9M1CCSI)
Wisma Pengakap Jln. Mohd Khalid, Batu Pahat : Mr. Den Atan (9M2DA-9M4CMR)
Dataran Bandaraya, Johor Bahru : Mr. Tanggu (9M2NM-9M1CSJ)

Mesej dari JOSRAC.

Naib Pengerusi Majlis Kelana Negeri Terlantar Sakit

Tarikh : 12 Oktober 2008
Tempat : Pt. Sulong, Batu Pahat

Saudara Zaid Mazri Buhari kini melalui cabaran getir sejak 13 hari yang lalu setelah dimasukkan dari Hospital Batu Pahat ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Beliau yang mengalami sakit mengejut kini dalam keadaan stabil dan sedang berehat di rumah orang tuanya di Pt. Sulong, Batu Pahat.
Kepada mereka yang mengenalinya sama-samalah kita berdoa agar kesihatannya pulih dan sembuh seperti sediakala.

Jika saudara/i yang kelapangan di bulan yang mulia ini ziarahlah sahabat kita ini yang amat memerlukan semangat dan sokongan kita semua.....

"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
kawan ketawa senang dicari, kawan bersedih.... siapa yang sudi???"

Majlis Kelana Negeri Johor turut terharu, dan berharap sdr. Zaid serta seluruh ahli keluarga dapat banyak bersabar dan tabah dalam menempuhi dugaan ini.

Rumah Terbuka Ketua Pengakap Negara

Tarikh : 11 Oktober 2008
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Ibu Pejabat PPM, Jln. Hang Jebat, Kuala Lumpur

Semua PPNJ/PD/PPD/Pemimpin/BP Guild/ahli persatuan Pengakap Negeri Johor dijemput hadir.

Mesej dari Pesuruhjaya Negeri Johor.

Mesyuarat Jawatankuasa JOSRAC 2008

Tarikh : 12 Oktober 2008
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kem Jubli Intan Tanjung Laboh, Batu Pahat

Kehadiran diwajibkan kepada semua ahli jawatankuasa.

Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Pengerusi.
2. Pembentangan minit mesyuarat lalu.
3. Perbincangan penglibatan World JOTA ke-51.
4. Perbincangan penglibatan JOSRAC pada
Jambori Antarabangsa Johor ke-24.
5. Hal-hal lain.

Mesej dari Setiausaha JOSRAC. (http://josrac.blogspot.com.)

Peperiksaan Radio Amatur

Tarikh :17 Disember 2008
Hari : Rabu
Tarikh Tutup Permohonan : 24 Oktober 2008
Bayaran : RM50.00

Kepada pemimpin dan ahli Pengakap yang berminat.
JOSRAC akan menganjurkan kelas persediaan menduduki peperiksaan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tn. Hj. Ibrahim Abdullah
PPNJ Unit Radio Amatur (No. H/p : 013-7014105)

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat

Tarikh : 8 Oktober 2008
Hari : Rabu
Masa : 3.00 ptg.
Tempat : Wisma Pengakap, Jln. Mohd Khalid Batu Pahat

Kehadiran diwajibkan kepada semua anggota Majlis Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat.

Info : Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat.

PESURUHJAYA DAERAH SEGAMAT KEMBALI KERAHMATULLAH

Tarikh : 5 Oktober 2008
Hari : Ahad
Tempat : Seremban

Pesuruhjaya Daerah Segamat, almarhun A. Aziz bin Mohd Yusof telah selamat dikebumikan pada Isnin, 6 Oktober 2008 di Segamat, Johor. Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar sebagai seorang sahabat, dan tokoh Pengakap. Sumbangan jasa dan baktinya tidak pernah luput dari ingatan dan tetap segar dalam kenangan pergerakan PPM Negeri Johor.

AL-Fatihah

Semoga roh almarhum dicucuri oleh rahmatNya, ditempatkan bersama-sama golongan orang yang beriman serta beramal soleh.