Dewan Dato' Syed Esa


Dewan ini kini telah dinaik taraf kepada Pusat Sumber Pengakap Negeri Johor. Walau pun sederhana dan serba kekurangan, Pusat Sumber ini merupakan pusat rujukan dan pameran bahan berkaitan Pengakap satu-satunya yang terdapat di Selatan tanahair.


Dewan ini diberikan nama bersempena almarhum Dato' Syed Esa bin Alwee (mantan Ketua Pesuruhjaya Negara 1963-1968) yang merupakan tokoh Pengakap Negeri Johor yang turut berasal dari daerah Batu Pahat. Nama beliau diabadikan kerana jasa dan baktinya dalam pergerakan Pengakap. Dan baru-baru ini sebuah sekolah di daerah ini telah mengantikan nama SMK Jalan Kolam Air kepada SMK Dato' Syed Esa.

0 comments:

Post a Comment