Sejarah Ringkas Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh

Tapak Kem Jubli Intan Tanjung Laboh atau turut dikenali dengan "Diamond Jubilee Park" telah diambil bersempena nama dari Perayaan Kerajaan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (1895-1955). Tapak kem ini berkeluasan lebih kurang 34 1/2 ekar.

Pada 23 Mac 1956, YTM Tengku Mahkota (kemudiannya bergelar DYMM Sultan Sir Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim) telah berkenan merasmikan kem ini.

Sehingga kini sebanyak 24 kali jambori telah diadakan termasuklah Jambori Antarabangsa Johor yang akan menjelang pada 15 hingga 20 November 2008 nanti.

Kepada semua ahli Pengakap diluar sana, bersama-samalah kita datang dengan semangat persaudaraan dan memeriahkan jambori ini.

'PENGAKAP PROGRESIF MENJANA PERSAUDARAAN SEJAGAT"

2 comments:

Badge House said...

Bukan ke tahun 1958? dan di mananya pada tahun ini, iaitu 2008, kem ini akan merayakan 50 tahun penubuhan???

Anonymous said...

memang 1956. sepatutnya kita sambut 50 tahun pada tahun 2006. banyak kali nak buat jambori tetapi asyik tak dapat sokongan dari pihak majlis. akhirnya tahun 2008 baru boleh buat. tahun nie dah masuk perayaan ke-52 tahun sebenarnya.

Post a Comment