Syabas Kepada Kelana D : Pontian


Syabas dan tahniah diucapkan kepada PPD Pontian Sdr. Razak Kosnan, rakan Kelana D dan semua ahli kelana, yang telah terlibat mengelola serta menjayakan Program Bakti Kelana Negeri 2009. Pihak Majlis Kelana Negeri amat berbangga di atas keupayaan pihak tuan rumah dalam menyediakan program dengan baik dan tersusun.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada;
1) Pengurus Awal Marine
2) Penyelia PDK Sinar Bakti, Pontian

kerana telah sudi menerima kehadiran dan memberi kerjasama istimewa kepada pihak Kelana Negeri Johor.

Masej : PPNJ Unit Kelana

Mesyuarat Majlis Kelana Negeri

Tarikh : 20 Disember 2008
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 malam
Tempat : Awal Marine, Lrg. Yusof, Jln. Kukup, Pontian

Semua ahli jawatankuasa diwajibkan hadir.

Masej : PPNJ Unit Kelana

Program Khidmat Kelana 2008

Tarikh : 20 - 21 Disember 2008
Hari : Sabtu - Ahad
Masa : pendaftaran 2.00 ptg. (20 Dis. 2008)
Tempat : Awal Marine, Lrg. Yusof, Jln. Kukup, Pontian.
Anjuran : Majlis Kelana & PPM Daerah Pontian
Kami menjemput semua warga kelana negeri untuk menyertai program ini.
Bertemu anda untuk berbakti seikhlas hati...... jumpa di sana.
Segala pertanyaan & keterangan lanjut boleh hubungi
sdr. Razak Kosnan (019-7964921).

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA

Kepada semua kaum muslimin & muslimat serta Kelana Negeri Johor khususnya, kami Majlis Kelana Negeri Johor ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Semoga dalam menyambut suasana perayaan ini, kita mendapat iktibar dan beroleh keberkatan daripadanya. Insya'Allah.

Masej : Majlis Kelana Negeri.

Kursus Persediaan Peperiksaan Radio Amatur RAE08

Tarikh : 13 Disember 2008
Hari : Sabtu
Jangka Masa : Sehari sahaja
Bayaran : RM30.00 seorang

Terbuka kepada semua individu yang berminat sahaja.

Masej : PPNJ Radio Amatur

Perjumpaan Petugas-Petugas Kelana JAJ08

Tarikh : 13 -14 Disember 2008
Hari : Sabtu & Ahad
Tempat : Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh
Bayaran : RM20.00 seorang (meliputi makan minum)

Terbuka kepada sesiapa di kalangan anggota (KP) yang berminat.
Keterangan lanjut sila hubungi sdr. Azman (0132639006).