TAHNIAH PENGAKAP MALAYSIA !!!

PERHIMPUNAN PENGAKAP MALAYSIA 100 TAHUN
LOKASI : STADIUM NEGARA
MASA : 7.30 PAGI
Tahniah kepada Persekutuan Pengakap Malaysia !!!

Kata Tun Abdullah ..."
... Pengakap banyak membentuk jati diri dan memberikan nilai tambah kepadanya sehingga beliau terpilih menjadi Perdana Menteri...."

Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin...
''...Sedar atau tidak dalam usianya 100 tahun, pengakap adalah pendukung dasar kerajaan dalam membina generasi dan insan madani yang kaya semangat patriotisme.".

Tahniah kepada Persekutuan Pengakap Malaysia yang telah 101 tahun bertapak di bumi Malaysia.

Tahniah juga kepada semua warga Pengakap yang meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Sambutan 100 Tahun Kepengakapan Malaysia di Stadium Negara semalam (25 April 2009). Dianggarkan 5,000 pemimpin dan ahli pengakap dari seluruh negara serta wakil-wakil pengakap antarabangsa dari 15 negara hadir pada sambutan bersejarah itu.


Tahniah juga kepada Kontinjen negeri Johor di atas penyertaan ke-2 teramai (540 orang) selepas kontinjen Selangor.
Tahniah juga diucapkan kepada menteri-menteri yang sudi meluangkan masa memenuhi jemputan pengakap. Turut menyertai sambutan ialah Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.


Tahniah juga kepada Tun Abdullah menerima Pingat Pengakap Rantau Asia Pasifik yang disampaikan Pengerusi Rantau Pengakap Asia Pasifik, Jejomar C Binay.Tahniah juga kepada 100 ahli Pengakap yang turut menerima Pingat Peringatan 100 Tahun.
Tahniah juga diucapkan kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Tn Hj Yaacob b. A Karim kerana menjadi salah seorang penerima pingat peringatan 100 Tahun.
Tahniah juga diucapkan kepada Kumpulan Pengakap Udara Sekolah Tinggi Kluang, Johor di atas persembahan kawad tongkat dengan jayanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Tahniah juga kepada Pasukan Pengakap Kanak-kanak Daerah Kulai Jaya, Johor di atas persembahan zapin yang menarik dan mencuit hati.Tahniah juga kepada Kontinjen negeri Johor di atas penyertaan ke-2 teramai (540 orang) selepas kontinjen Selangor.
Tahniah untuk kelana-kelana johor yang turut serta dalam memeriahkan perhimpunan tempohari.

Kelana Kem Johor turut serta dalam perhimpunan. Kalau anda nak tahu, merekalah orang kuat yg membina menara Jambori Antarabangsa Johor tahun 2008 yg tinggi tu...

Tak berapa clear...maybe kamera terperanjat bila tiba-tiba kojex masuk dlm frame...



0 comments:

Post a Comment