Pesanan Ikhlas Dari Mantan PPNJ Kelana sesi 2006/09

Salam Pengakap.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menghulur bantuan dalam menjayakan program Kelana Negeri Johor. Tiada apa yang dapat saya berikan untuk membalas budi anda semua kecuali dengan ucapan terima kasih, dan semoga Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya.

Mesej ringkas yang dapat saya abadikan, setelah sama-sama kita bersatu membangunkan pergerakan kelana dan kini diterajui oleh barisan kepimpinan baharu ialah;

1. Bersamalah kita memperkasa pergerakan kelana Negeri Johor khususnya.
2. Hindarilah perasaan hasad dengki, tidak amanah, dan perpecahan.
3. Berbincang dan bermesyuarah dalam mengatasi semua masalah yang dihadapi.
4. Imej kelana terletak di tangan kita, tidak ada siapa yang akan mengangkatnya kecuali kelana.

Semoga maju jaya. Wasallam.

0 comments:

Post a Comment