PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

Bermula pada tahun ini semua krew Kelana Johor digalakkan bergerak aktif di daerah dengan mengadakan aktiviti berkaitan Kelana serta membantu PPM Daerah melaksanakan aktiviti berkaitan. Krew Kelana yang hendak menjalankan aktiviti atau program , beberapa perkara perlu di beri perhatian dan diambil tindakan sewajarnya.

1.    Program atau aktiviti di peringkat Daerah, permohonan perlaksanaan berserta Kertas Konsep hendaklah dimajukan kepada Pesuruhjaya Daerah melalui Pen, Pesuruhjaya Daerah-Kelana dan majukan 1 salinan ke Unit Kelana Negeri..

2.    Sekiranya program atau aktiviti yang hendak dilaksanakan melibatkan Guru Sekolah atau Pelajar, satu surat Permohonan Pelepasan berserta Kertas Konsep WAJIB dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah melalui Pesuruhjaya Daerah.

3.    Surat yang dihantar hendakah menggunakan 'Letter Head' Pengakap dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Daerah dan 1 salinan kepada Unit Kelana Negeri.

4.  Laporan aktiviti hendaklah dibuat setelah selesai perlaksanaan aktiviti, 1 salinan kepada PPM Daerah dan 1 salinan kepada PPM Negeri (unit Kelana)

0 comments:

Post a Comment