PENDAFTARAN SEMUA UNIT KELANA DALAM NEGERI JOHOR


Kepada semua unit Kelana dalam Negeri Johor DIWAJIBKAN mendaftar sebagai satu organisasi yang sah mengikut aspek perundangan. Prosedur Pendaftaran Pasukan Kelana/KLM/KLKM adalah seperti berikut :

1.    Semua ahli dan pemimpin, isikan borang PPM 1(B)- Borang Pendaftaran Ahli Dewasa muat turun dari web PPM.
2.    Kumpulkan borang PPM 1B yang telah siap diisi, untuk mengisi maklumat pada borang PPM 2(B) PENYATA LENGKAP YURAN DAN PERANGKAAN AHLI.

3.    Pemimpin Krew tandatangan borang tersebut dan majukan kepada Pen Pesuruhjaya Daerah - Kelana untuk dihantar ke PPM Daerah dan PPM Negeri untuk tindakan.

4.    Pastikan Pemimpin Krew membuat salinan sebagai simpanan. Sila ambil tindakan sewajarnya bagi memastikan semua Kelana dalam negeri Johor berdaftar secara sah.

5.   Sekiranya ada masalah untuk mendaftarkan Krew Kelana sila berhubung dengan Pen. Pesuruhjaya Daerah-Kelana mengikut daerah masing-masing.

6.   Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai unit Kelana hendaklah mendaftar mengikut sekolah serta menggunakan borang PPM 1(B) dan PPM 2(B).

7.   Kepada ahli-ahli Kelana yang tidak mempunyai Krew pendaftaran akan dibuat bawah Majlis Pengakap Kelana Negeri Johor. Sila majukan borang pendaftaran dengan kadar segera terus kepada saudara Akmal bin Ismail.

8.  Kegagalan mendaftarkan Krew Kelana akan menjadikan satu masalah kepada Krew Kelana untuk menjalankan aktiviti atau program.
    

0 comments:

Post a Comment