TAWARAN MENGHADIRI KURSUS DI INSTITUT VETERINAR/PERTANIAN

Kepada ahli-ahli Kelana di semua Daerah Negeri Johor yang berminat untuk menghadiri kursus di Institut Veterinar Kluang dan Institut Pertanian Air Hitam. Sila berhubung terus dengan Pejabat Veterinar Daerah yang melibatkan Kursus Penternakan Lembu Pedaging/Tenusu, Penternakan Kambing/Bebiri, Penternakan Ayam dan Puyuh.

Bagi kursus di Institut Pertanian Air Hitam sila berhubung dengan Pejabat Pertanian Daerah masing-masing. Kursus adalah percuma termasuk penginapan. Sekiranya ada kemusykilan atau masalah semasa berurusan dengan pejabat berkenaan, sila maklumkan perkara ini kepada Pen Pesuruhjaya Negeri - Kelana.

Jadual kursus boleh didapatkan di Pejabat Veterinar/Pejabat Pertanian Daerah masing-masing. Mohon diambil tindakan segera untuk membolehkan ahli Kelana yang berminat untuk turut serta.

 

0 comments:

Post a Comment