Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat

Tarikh : 8 Oktober 2008
Hari : Rabu
Masa : 3.00 ptg.
Tempat : Wisma Pengakap, Jln. Mohd Khalid Batu Pahat

Kehadiran diwajibkan kepada semua anggota Majlis Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat.

Info : Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat.

PESURUHJAYA DAERAH SEGAMAT KEMBALI KERAHMATULLAH

Tarikh : 5 Oktober 2008
Hari : Ahad
Tempat : Seremban

Pesuruhjaya Daerah Segamat, almarhun A. Aziz bin Mohd Yusof telah selamat dikebumikan pada Isnin, 6 Oktober 2008 di Segamat, Johor. Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar sebagai seorang sahabat, dan tokoh Pengakap. Sumbangan jasa dan baktinya tidak pernah luput dari ingatan dan tetap segar dalam kenangan pergerakan PPM Negeri Johor.

AL-Fatihah

Semoga roh almarhum dicucuri oleh rahmatNya, ditempatkan bersama-sama golongan orang yang beriman serta beramal soleh.

Selamat Hari Raya

INFO JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008


Majlis Berbuka Puasa Anjuran Majlis Kelana Negeri Tahun 2008

Tarikh : 26 September 2008
Hari : Jumaat
Masa : 5.00 petang
Tempat : Dewan Sebaguna, Kem Jubli Intan Tanjung Laboh

Pihak Majlis Kelana Negeri menjemput saudara/saudari kelana negeri yang kelapangan untuk hadir menyertai dan memeriahkan acara tahunan ini. Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, serta menghayati amalan dan ibadah yang harus dilakukan di bulan Ramadhan al-Mubarak ini.

Sesiapa yang berminat menyertai atau sebarang pertanyaan, sila hubungi encik Azman S/U Majlis Kelana Negeri (012-2631741).

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Aktiviti Jambori Antarabangsa Johor Ke-24

Tarikh : 18 September 2008
Hari : Khamis
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Indahpura (1), Kulai
Jemputan :

1. Pesuruhjaya Negeri
2. Jawatankuasa Induk Pengelola
3. Ketua-ketua Subkem
4. Semua Pesuruhjaya Daerah

Kehadiran diwajibkan.

Masej dari Ketua Jawatankuasa Aktiviti Jambori.

World Jota

Tarikh : 18 hingga 19 Oktober 2008

Sesiapa yang berminat khususnya memiliki Radio Ham, sertailah World Jota 2008 dimana jua anda berada......... Keseronoannya pasti terasa.
Layari maklumat selanjutnya http://jota.scouts.my

Pesanan khusus dari PPNJ Tugas Khas (Radio Amatur).

Jambori Antarabangsa Johor 2008






Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (Uniform) Jambori Antarabangsa Johor Ke-24 Tahun 2008

Tarikh : 13 September 2008
Hari : Sabtu
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Kem Jubli Intan Tanjung Laboh
Kehadiran : Semua Ahli Jawatankuasa Kecil Pengelola
Pakaian : Uniform lengkap

Ketua Kontinjen/S.U Kontinjen yang telah dilantik turut dijemput hadir.

SELAMAT BERPUASA

Selamat menjalani Ibadah Puasa dan ibadah-ibadah lain disepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak ini, semoga semua ahli Pengakap mendapat penghayatan dan keberkatan.

Ingatan ikhlas dari seluruh warga Majlis Kelana Negeri.