Terdapat 6 subkem utama;
Subkem 1 - Endau Rompin
Subkem 2 - Tanjung Piai
Subkem 3 - Pulau Sibu
Subkem 4 - Kukup
Subkem 5 - Gunung Ledang
Subkem 6 - Desaru
Macam pelik saja bunyinyakan???
Sebenarnya nama-nama subkem ini diberikan bersempena nama destinasi pelancongan popular yang terdapat di negeri Johor dan memiliki kelainan atau keistimewaannya tersendiri.
Subkem di tapak jambori
2008-11-10 Posted by Pengakap Kelana Johor at 8:41 PM 0 comments
Labels: JAMB ANTARABANGSA JOHOR
Sejarah Ringkas Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh
Tapak Kem Jubli Intan Tanjung Laboh atau turut dikenali dengan "Diamond Jubilee Park" telah diambil bersempena nama dari Perayaan Kerajaan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (1895-1955). Tapak kem ini berkeluasan lebih kurang 34 1/2 ekar.
Pada 23 Mac 1956, YTM Tengku Mahkota (kemudiannya bergelar DYMM Sultan Sir Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim) telah berkenan merasmikan kem ini.
Sehingga kini sebanyak 24 kali jambori telah diadakan termasuklah Jambori Antarabangsa Johor yang akan menjelang pada 15 hingga 20 November 2008 nanti.
Kepada semua ahli Pengakap diluar sana, bersama-samalah kita datang dengan semangat persaudaraan dan memeriahkan jambori ini.
'PENGAKAP PROGRESIF MENJANA PERSAUDARAAN SEJAGAT"
Posted by Pengakap Kelana Johor at 12:11 AM 2 comments
Labels: JAMB ANTARABANGSA JOHOR
Dewan Dato' Syed Esa
Dewan ini kini telah dinaik taraf kepada Pusat Sumber Pengakap Negeri Johor. Walau pun sederhana dan serba kekurangan, Pusat Sumber ini merupakan pusat rujukan dan pameran bahan berkaitan Pengakap satu-satunya yang terdapat di Selatan tanahair.
Dewan ini diberikan nama bersempena almarhum Dato' Syed Esa bin Alwee (mantan Ketua Pesuruhjaya Negara 1963-1968) yang merupakan tokoh Pengakap Negeri Johor yang turut berasal dari daerah Batu Pahat. Nama beliau diabadikan kerana jasa dan baktinya dalam pergerakan Pengakap. Dan baru-baru ini sebuah sekolah di daerah ini telah mengantikan nama SMK Jalan Kolam Air kepada SMK Dato' Syed Esa.
2008-11-09 Posted by Pengakap Kelana Johor at 11:56 PM 0 comments
Labels: JAMB ANTARABANGSA JOHOR
Meninjau Kawasan Perkhemahan (Subkem)
Subkem 1, yang dinamakan Endau Rompin.
Lokasinya di atas Bukit Kelana. Berhadapan dengan bangunan Dewan Syed Esa,atau kini lebih dikenali sekarang sebagai Pusat Sumber Pengakap Negeri Johor.
Adakah kawasan ini penuh cabaran........ Tungguuu?
2008-11-08 Posted by Pengakap Kelana Johor at 1:42 AM 0 comments
Labels: JAMB ANTARABANGSA JOHOR
Laporan Dari Site Menara (2)
PERCAYAKAH ANDA???????????.......
Sudah lebih 1,0000 batang buluh telah digunakan.
Bersamaan lebih kurang 4 tan buluh telah didirikan.
Posted by Pengakap Kelana Johor at 1:29 AM 0 comments
Labels: JAMB ANTARABANGSA JOHOR
Laporan dari Site Menara
Panjang-panjang si batang buluh,
walau panjang bengkok jua;
gatal-gatal si miang buluh,
walau gatal ku terus jua.....
2008-11-06 Posted by Pengakap Kelana Johor at 9:00 PM 0 comments
Labels: JAMB ANTARABANGSA JOHOR
Taklimat Aktiviti Dan Subkem
Tarikh : 6 November 2008
Hari : Khamis
Masa : 2.30 ptg.
Temapat : Kem Jubli Intan, Tg. Laboh
Satu taklimat kepada ketua subkem, ketua kontinjen daerah dan
Pesuruhjaya Daerah untuk penyelarasan tempat dan aktiviti jambori.
Kehadiran adalah diwajibkan.
Mesej dari Pesuruhjaya Negeri Johor.
2008-11-03 Posted by Pengakap Kelana Johor at 12:30 AM 0 comments
Labels: JAMB ANTARABANGSA JOHOR
HARAPAN KEPADA SEMUA KONTINJEN NEGERI
Dimohon bantuan daripada semua kontinjen negeri untuk memaklumkan kepada Sekretariat Jambori Johor tentang jumlah penyertaan kontinjen masing-masing dalam kadar segera.
Mesej dari Sekretariat Jambori Antarabangsa Johor ke-24.
2008-11-02 Posted by Pengakap Kelana Johor at 1:59 AM 0 comments
Labels: JAMB ANTARABANGSA JOHOR
PROJEK MENARA 100% BULOH
Apa cerita nie????? Menara sana. Menara sini.
Nie bukan dongeng, tapi kisah benar. Menara yang kedua dihasilkan dengan keringat, pengorbanan dan semangat Pengakap Malaysia. Kali ini tulang belulang sahabat kelana negeri Johor sedang bertarung dengan tali dan buloh. Malam siang, hujan dan panas menjadi teman sehingga megah si menara di bumi Jubli Intan.
Tunggu.......... Anda pasti akan teruja??!!
2008-10-29 Posted by Pengakap Kelana Johor at 11:37 PM 0 comments
Labels: JAMB ANTARABANGSA JOHOR
SELANGOR MENGEMPUR BATU PAHAT
JANGAN TERKEJUT????
Batu Pahat bukan berhadapan peperangan?..... Penyertaan Selangor merupakan kontinjen terbesar sekali sehingga kini yang secara rasmi telah mendaftar ke JAJ 2008.
386 orang peserta akan mula berkampung dari 15 Nov. 2008
di Sub Kem (1) Endau Rompin, terletak di Bukit Kelana.
Syabas dan Tahniah.
Posted by Pengakap Kelana Johor at 11:22 PM 0 comments
Labels: JAMB ANTARABANGSA JOHOR