Senarai Daerah Dalam Negeri Johor Dan Negeri-Negeri Di Malaysia

Daerah yang telah mengesahkan penyertaan:
Daerah Muar
Daerah Kluang
Daerah Pontian
Daerah Segamat
Daerah Mersing
Daerah Kulaijaya
Daerah Batu Pahat
Daerah Kota Tinggi
Daerah Johor Bahru

Negeri-negeri yang telah mengesahkan penyertaan:
Selangor
Melaka
Kedah
Perak
Pahang
Perlis
Sabah
Sarawak
Kelantan
Terengganu
Pulau Pinang
Negeri Sembilan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Semoga berhati-hati dijalan raya, dan tiba di tapak jambori dengan selamatnya.

Penyertaan Yang Luar Biasa

Mungkin ini adalah jambori yang mencatatkan sejarah istimewa bagi rekod pengelolaan PPM Negeri Johor dan Kem Jubli Intan kerana penyertaan yang diterima kini telah mencecah lebih dari 3,500 orang. Setiap hari terdapat pertambahan ahli Pengakap yang merubah angka penyertaan. Pihak pengelola mengucapkan syabas, serta terima kasih di atas sokongan semua saudara/i Pengakap di luar sana.

Mesej dari urusetia.

Subkem di tapak jambori

Terdapat 6 subkem utama;

Subkem 1 - Endau Rompin
Subkem 2 - Tanjung Piai
Subkem 3 - Pulau Sibu
Subkem 4 - Kukup
Subkem 5 - Gunung Ledang
Subkem 6 - Desaru

Macam pelik saja bunyinyakan???
Sebenarnya nama-nama subkem ini diberikan bersempena nama destinasi pelancongan popular yang terdapat di negeri Johor dan memiliki kelainan atau keistimewaannya tersendiri.

Sejarah Ringkas Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh

Tapak Kem Jubli Intan Tanjung Laboh atau turut dikenali dengan "Diamond Jubilee Park" telah diambil bersempena nama dari Perayaan Kerajaan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (1895-1955). Tapak kem ini berkeluasan lebih kurang 34 1/2 ekar.

Pada 23 Mac 1956, YTM Tengku Mahkota (kemudiannya bergelar DYMM Sultan Sir Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim) telah berkenan merasmikan kem ini.

Sehingga kini sebanyak 24 kali jambori telah diadakan termasuklah Jambori Antarabangsa Johor yang akan menjelang pada 15 hingga 20 November 2008 nanti.

Kepada semua ahli Pengakap diluar sana, bersama-samalah kita datang dengan semangat persaudaraan dan memeriahkan jambori ini.

'PENGAKAP PROGRESIF MENJANA PERSAUDARAAN SEJAGAT"

Dewan Dato' Syed Esa


Dewan ini kini telah dinaik taraf kepada Pusat Sumber Pengakap Negeri Johor. Walau pun sederhana dan serba kekurangan, Pusat Sumber ini merupakan pusat rujukan dan pameran bahan berkaitan Pengakap satu-satunya yang terdapat di Selatan tanahair.


Dewan ini diberikan nama bersempena almarhum Dato' Syed Esa bin Alwee (mantan Ketua Pesuruhjaya Negara 1963-1968) yang merupakan tokoh Pengakap Negeri Johor yang turut berasal dari daerah Batu Pahat. Nama beliau diabadikan kerana jasa dan baktinya dalam pergerakan Pengakap. Dan baru-baru ini sebuah sekolah di daerah ini telah mengantikan nama SMK Jalan Kolam Air kepada SMK Dato' Syed Esa.

Meninjau Kawasan Perkhemahan (Subkem)




Subkem 1, yang dinamakan Endau Rompin.
Lokasinya di atas Bukit Kelana. Berhadapan dengan bangunan Dewan Syed Esa,atau kini lebih dikenali sekarang sebagai Pusat Sumber Pengakap Negeri Johor.

Adakah kawasan ini penuh cabaran........ Tungguuu?

Laporan Dari Site Menara (2)





PERCAYAKAH ANDA???????????.......

Sudah lebih 1,0000 batang buluh telah digunakan.
Bersamaan lebih kurang 4 tan buluh telah didirikan.

Laporan dari Site Menara





Panjang-panjang si batang buluh,
walau panjang bengkok jua;
gatal-gatal si miang buluh,
walau gatal ku terus jua.....

Taklimat Aktiviti Dan Subkem

Tarikh : 6 November 2008
Hari : Khamis
Masa : 2.30 ptg.
Temapat : Kem Jubli Intan, Tg. Laboh

Satu taklimat kepada ketua subkem, ketua kontinjen daerah dan
Pesuruhjaya Daerah untuk penyelarasan tempat dan aktiviti jambori.

Kehadiran adalah diwajibkan.

Mesej dari Pesuruhjaya Negeri Johor.

HARAPAN KEPADA SEMUA KONTINJEN NEGERI

Dimohon bantuan daripada semua kontinjen negeri untuk memaklumkan kepada Sekretariat Jambori Johor tentang jumlah penyertaan kontinjen masing-masing dalam kadar segera.

Mesej dari Sekretariat Jambori Antarabangsa Johor ke-24.