Fakta ANGKA dengan Jambori Antarabangsa Johor 2008??


- 24 adalah angka penganjuran jambori peringkat negeri Johor yang telah dikelolakan oleh PPM Negeri Johor.
- 16 Nov. 2008 adalah tarikh perasmian JAJ08, oleh DYAM TMJ.
- 4,021 orang jumlah penyertaan dan rekod teramai penyertaan Jambori Negeri Johor setakat ini.
- 1,820 orang adalah penyertaan dari peringkat kebangsaan.
- 270 orang adalah penyertaan dari luar negara.
- 538 orang adalah penyertaan berstatus pemimpin dari 41 kontinjen.
- 3,229 orang adalah penyertaan berstatus ahli persatuan dari 41 kontinjen.
- 1 (seorang) adalah pendaftaran peserta dari W.P. Labuan.
- 411 orang adalah penyertaan teramai dari daerah Batu Pahat.
- 407 orang adalah penyertaan teramai dari negeri Selangor.
- 239 orang adalah penyertaan teramai luar negara dari Indonesia.
- 7 buah negara telah menghantar peserta.
- 54 orang Pandu Puteri penyertaan teramai dari NGO jemputan.
- 10 tahun adalah usia peserta termuda Hsieh, Mu-Hsuan, dari Taiwan yang mengikuti jambori.

Gambar dipetik dari blog QUBERSCOUT Hulu Terengganu http://quberscout.blogspot.com


- 162 orang kelana telah terlibat menjayakan jambori.
- 10 orang kelanasiswa UNITEN (IST) jemputan teramai.
- 121 orang kelana negeri Johor menghulur khidmat.
- 7 modul telah diperkenal untuk (7 puzzles) membentuk satu lencana aktiviti jambori.
- 40.8 meter ketinggian Menara Pengakap Tanjung Laboh.

Sumber Data : Urusetia Jambori
Gambar dipetik dari koleksi En Rusdy Kelana Cenderawasih http://cenderawasihrovers.blogspot.com dan AKELA dari QUBERSCOUT Hulu Terengganu http://quberscout.blogspot.com

Secebis Kenangan Dari Lanser Foto JAJ08


Persaudaraan Kelana : Sesibuk manapun hubungan mesra perlu dipelihara


Bahagian Bekalan : Tak tidor malam mengira kit cenderamata


Urusetia : Buat kerja biar tolong-menolong


Konti Siaraya : Pengacara setia Pak Noh
Gambar dipetik daripada koleksi En Rusdy Kelana Cenderawasih http://cenderawasihrovers.blogspot.com

Kursus Exam Radio Amatur

Perkara : Kelas Era Lesen B (Radio Ham)
Tarikh : 13 - 14 Disember 2008 (Sabtu/Ahad)
Tempat :Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh Batu Pahat
Bayaran Penyertaan : RM30.00 seorang
(termasuk urusan tadbir, tenaga pengajar, nota, makan-minum)
Anjuran : JOSRAC & Majlis Kelana Negeri PPMNJ

Keterangan lanjut dan pendaftaran sila hubungi en. Ramli Ibrahim (019-7575604)

Terbuka kepada semua kelana khususnya & orang awam yang berminat.

Majlis Perasmian Jambori Antarabangsa Johor Ke-24 Oleh DYAM TMJ Pada 16 November 2008





Detik-detik penting yang pasti tidak dapat dilupakan oleh para peserta Jambori Antarabangsa Johor ke-24.

Gambar dipetik dari koleksi En Rusdy Kelana Cenderawasih http://cenderawasihrovers.blogspot.com

Ucapan Setinggi Penghargaan Dan Terima Kasih

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua kelana samada kelana Negeri Johor atau kelana IST yang telah bertungkus-lumus dan berusaha gigih dalam menjayakan Jambori Antarabangsa Johor ke-24 Tahun 2008.

Budi dan jasa anda semua tetap akan dikenang oleh PPM Negeri Johor.
Dikesempatan ini juga pihak kami ingin memohon maaf di atas segala kelemahan dan kekurangan atau perkara yang tidak menyenangkan berpunca dari pihak kami sepanjang jambori berlangsung.

Sayonara.........hingga bertemu lagi
PPNJ Unit Kelana

TAHUKAH ANDA???



FAKTA :
Manara perasmian itu diberi nama Menara Pengakap Tanjung Laboh
Fungsi menara adalah sebagai menara peninjau, dan dijadikan mercu tanda jambori serta gimik perasmian pembukaan dan penutup Jambori Antarabangsa Johor ke-24 Tahun 2008
Disiapkan dalam tempoh 26 hari sahaja iaitu bermula pada 20 Oktober 2008
100% Original Hand Made...
Didirikan dengan tenaga kerja lebih kurang 15 orang krew kelana kem Negeri Johor
Ketinggian 40.8 meter dari tanah
Lebar 6.09 meter
Panjang 27.43 meter
Bahan digunakan lebih kurang 3,000 batang buluh
Tali yang digunakan lebih kurang 300 kilogram
Kos perbelanjaan RM25,000.00 sahaja
Model Menara Pengakap Tanjung Laboh ini telah dipersembahkan dan sebagai cenderahati kepada DYAM TMJ daripada PPM Negeri Johor

Sesiapa yang telah memanjat sampai ke puncak menara, anda boleh menyaksikan horizon laut Cina Selatan atau kapal yang belayar ditengah laut kira-kira hanya 3 km dari kawasan pantai Bukit Tanjung.


Gambar diambil oleh Abd Razak Kosnan, Pen Pesuruhjaya Daerah Pontian Unit Kelana.

Laporan Dari Site Menara








Aktiviti pembinaan masih rancak dijalankan.....
tapi dengan tenaga yang terhad... tapi semangat yang kuat???

Pusat Urusetia Aktiviti


Pusat Urusetia Aktiviti terletak di sebuah dewan terbuka. Bahagian aktiviti terbahagi dua:
1. Aktiviti Lencana Jambori
2. Aktiviti Pertandingan

Jawatankuasa Aktiviti diketuai oleh encik Ishak Kodri.

Kemudahan Yang Terdapat di Kem Jubli Intan


Tandas dan bilik mandi sementara.


Dua unit bangunan menempatkan tandas dan bilik mandi (lelaki/wanita)


Penginapan : Satu blok rumah panjang yang mempunyai 6 bilik termasuk sebuah surau sekali.


Tempat Ibadat : terdapat dua buah surau untuk kemudahan bersolat.
Ini salah satu daripadanya.

Melawat Tapak Subkem di Jambori Antarabangsa Johor


Subkem 6 (Desaru) - Ketua Subkem : PPNJ Hj. Hamzah Taib


Subkem 5 (Gunung Ledang) - Ketua Subkem : PPNJ Hj. Sahak Haron


Subkem 4 (kukup) - Ketua Subkem : PPNJ Hj. Ibrahim Abdullah


Subkem 3 (Pulau Sibu) - Ketua Subkem : PPNJ Hj. Ramli Mat


Subkem 2 (Tanjung Piai) - Ketua Subkem : PPNJ Hj. A Rahman Johan