Tarikh : 19 hingga 22 Jun 2009
Hari : Jumaat hingga Isnin
Tempat : Sungai Teminggul, Kluang
Bayaran Penyertaan : PERCUMA
Penyertaan : Terbuka kepada kelana
Sesiapa yang BERMINAT. Daftar segera.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi en. Fandi di talian (0162978107).
Program Perkhemahan Belia
2009-06-16 Posted by Pengakap Kelana Johor at 4:21 PM 0 comments
Labels: BERITA KELANA JOHOR
JEMPUTAN RAIMUNA (ROVERMOOT) DAERAH KWARTIR DAERAH RIAU 2009
Tarikh : 28 Jun hingga 5 Julai 2009
Jangkamasa : 8 hari
Tempat : Tapak Perkhemahan Pawang Perkasa II, Kabupaten Bengkalis-Riau
Anjuran : Gerakan Pramuka Kwatir Daerah Riau
Kriteria Peserta : Ahli Pengakap (berusia 17 1/2 hingga 25 tahun)
Yuran Penyertaan : RM150.00
2009-06-11 Posted by Pengakap Kelana Johor at 10:42 PM 0 comments
Labels: JAMBORI
ROVER MOOT 1 MALAYSIA
Tarikh : 23 hingga 27 Julai 2009
Hari : Khamis hingga Isnin
Pendaftaran : 3.00 petang (Khamis 23 Julai 2009)
Tempat : Kem Tengku Mahkota, Bandar Tun Razak,
Jengka Pahang
Anjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama
PPM Negeri Pahang & PPM Daerah Jengka
Peserta : Ahli Kelana (berumur 171/2 tahun ke atas)
Yuran Penyertaan : RM100.00 seorang
Aktiviti :
- Projek Pioneering
- Program Extreme
- Ujian-ujian Skim Pengakap Kelana
- Persembahan Malam Pengakap
- Lawatan ke Taman Negara
- Dll.
Posted by Pengakap Kelana Johor at 9:49 PM 0 comments
Labels: BERITA PPM
Ucapan Selamat Pengantin Baharu
Setinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada dua pasang mempelai yang merupakan ahli kelana negeri Johor yang akan melangsungkan majlis perkahwinan pada bulan Jun 2009. Khususnya buat pasangan tersebut yang telah banyak berkhidmat di daerah Pontian.
Sdr. Azfanizam b. Hj. Abd Aziz & Mayuna bt. Yatim
pada 6 Jun 2009 (sebelah lelaki)
Sdr. Mohd Helmy b. Abd Majid & Yuhaini bt. Ahmad Rafeei
pada 7 Jun 2009 (sebelah lelaki)
Majlis Kelana Negeri mendoakan semoga anda semua hidup rukun damai, dikurniakan zuriat yang soleh/solehan serta berbahagian sehingga ke akhirat, insya'Allah.
PPNJ Kelana
2009-06-04 Posted by Pengakap Kelana Johor at 12:25 AM 1 comments
Labels: BERITA KELANA JOHOR
UJIAN LENCANA PERKHIDMATAN AWAM & PERLANTIKAN KELANA NEGERI JOHOR TAHUN 2009
Hari : Jumaat hingga Ahad
Masa Pendaftaran : 3.00 ptg. (Jumaat, 26 Jun 2009)
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh Batu Pahat
Yuran Penyertaan : RM40.00 seorang
Sesiapa yang berminat boleh hadir dan mendaftar sebagai peserta.
Semua ahli kelana negeri Johor dijemput hadir untuk memeriah dan
menjayakan program tersebut.
PPNJ Unit Kelana
2009-05-29 Posted by Pengakap Kelana Johor at 4:25 PM 1 comments
Labels: AKTIVITI KELANA JOHOR, BERITA KELANA JOHOR, BERITA PPM JOHOR
KURSUS MANIKAYU 3(i)
Anjuran Pasukan Latihan Negeri Johor
Berminat?? hubungi ASC Latihan
Tn Hj Ibrahim Abdullah Batu Pahat (013-7014105)
2009-05-27 Posted by Pengakap Kelana Johor at 6:57 PM 0 comments
Labels: BERITA PPM JOHOR
TAHNIAH PENGAKAP MALAYSIA !!!
LOKASI : STADIUM NEGARA
Kata Tun Abdullah ..."
... Pengakap banyak membentuk jati diri dan memberikan nilai tambah kepadanya sehingga beliau terpilih menjadi Perdana Menteri...."

Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin...
''...Sedar atau tidak dalam usianya 100 tahun, pengakap adalah pendukung dasar kerajaan dalam membina generasi dan insan madani yang kaya semangat patriotisme.".
Tahniah kepada Persekutuan Pengakap Malaysia yang telah 101 tahun bertapak di bumi Malaysia.
Tahniah juga kepada semua warga Pengakap yang meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Sambutan 100 Tahun Kepengakapan Malaysia di Stadium Negara semalam (25 April 2009). Dianggarkan 5,000 pemimpin dan ahli pengakap dari seluruh negara serta wakil-wakil pengakap antarabangsa dari 15 negara hadir pada sambutan bersejarah itu.
Tahniah juga kepada Tun Abdullah menerima Pingat Pengakap Rantau Asia Pasifik yang disampaikan Pengerusi Rantau Pengakap Asia Pasifik, Jejomar C Binay.Tahniah juga kepada 100 ahli Pengakap yang turut menerima Pingat Peringatan 100 Tahun. 
Tahniah juga diucapkan kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Tn Hj Yaacob b. A Karim kerana menjadi salah seorang penerima pingat peringatan 100 Tahun.
Tahniah juga diucapkan kepada Kumpulan Pengakap Udara Sekolah Tinggi Kluang, Johor di atas persembahan kawad tongkat dengan jayanya.
2009-04-28 Posted by Pengakap Kelana Johor at 3:22 PM 0 comments
Labels: AKTIVITI KELANA JOHOR, BERITA PPM, BERITA PPM JOHOR
Perhimpunan Raksaksa Pengakap Malaysia
Marilah kita meramaikan majlis ini sebagai satu sokongan dan meraikan 100 Tahun Pengakap Malaysia.
Sesiapa yang kelapangan boleh pergi sendiri atau pergi bersama kumpulan Pengakap daerah/negeri masing-masing.
Kehadiran anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
2009-04-18 Posted by Pengakap Kelana Johor at 2:22 PM 0 comments
Labels: BERITA KELANA JOHOR, BERITA PPM, BERITA PPM JOHOR
Gerai Pengakap Kelana
Makanan yang dijual seperti kentang goreng, air, burger, buah-buahan potong yang kesemuanya disediakan oleh mereka sendiri.
Tahniah di ucapkan kepada yang terlibat.
2009-04-14 Posted by Pengakap Kelana Johor at 9:13 PM 0 comments
Labels: AKTIVITI KELANA JOHOR, BERITA KELANA JOHOR
Pengakap Udara Johor : ST Kluang jadi kebanggaan
Tahniah buat pengakap udara yang terlibat..
Petikan daripada akhbar Utusan Online
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_01.htm
ARKIB : 10/04/2009
ST Kluang jadi kebanggaan
Oleh JAAFAR AHMADutusanjohor@utusan.com.my
ANGGOTA-anggota Unit Pengakap Udara bergambar bersama pemimpin mereka selepas majlis Penyampaian Sayap Kehormat di Sekolah Menengah Tinggi Kluang, baru-baru ini. - UTUSAN/JAAFAR AHMAD
KLUANG 9 April - Pasukan Pengakap Malaysia bergerak selangkah lagi apabila berjaya menubuhkan Unit Pengakap Udara dengan Sekolah Menengah Tinggi Kluang (STK) Johor menjadi skuadron pertamanya (Skuadron 01 Kluang).
Ditubuhkan pada Februari 2008, STK kini menjadi pusat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan kegiatan Pengakap Udara di negara ini.
Unit itu kini mempunyai 180 ahli setelah tiga lagi sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing dan Sekolah Sains Sultan Iskandar, Mersing turut menubuhkannya.
Penubuhannya selaras dengan langkah kerajaan untuk menggalakkan golongan remaja terutama pelajar agar meminati bidang aeroangkasa yang kini diperluaskan ke seluruh negara.
Idea menubuhkan Unit Pengakap Udara itu dicetuskan oleh seorang juruterbang anak tempatan yang juga seorang pengakap, Kapten Anand J. Samuel, 40, beberapa tahun lalu dan dipersetujui Pesuruhjaya Pengakap Malaysia.
Ekoran penubuhan unit itu, Anand yang kini berkhidmat sebagai pengurus operasi penerbangan dengan sebuah syarikat penerbangan di luar negara dilantik Pengakap Malaysia sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan (Udara).
Juruterbang berasal dari Kulim, Kedah itu berkata, sebagai pesuruhjaya udara beliau bertanggungjawab menggerak dan menyelaraskan segala aktiviti unit itu bagi memastikannya berfungsi dengan lebih tersusun. "Ketika ini kami mempunyai 18 pemimpin termasuk beberapa Kelana Udara yang membantu menggerakkan unit ini," katanya selepas majlis Penyampaian Sayap Kehormat kepada enam pemimpin Pengakap Udara, di STK baru-baru ini.
Penerima tersebut ialah Megat Mohd. Nizar Abdul Rahman (STK), Hasbullah Jelani, Mohd. Sahril Suid, Kamis Hasan (Pesuruhjaya Pengakap Mersing), Mohd. Haizal Faris Jaafar (Kelana Udara) dan Muhammad Akmal Ismail (Kelana Udara).
Menurut Anand, seperti pengakap darat dan laut, anggota Unit Pengakap Udara juga perlu mengikuti ujian berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan bagi melayakkan mereka mendapat Lencana Udara Kelas Kedua dan Lencana Udara Kelas Pertama. Beliau berkata, ujian kelas kedua membabitkan pelajaran undang-undang Udara, Asas Penerbangan dan Perhubungan Radio, manakala kelas pertama pula ialah Terminologi Pesawat, Meteorologi, Navigasi dan Had Prestasi Manusia. "Kesemua 180 anggota Unit Pengakap Udara termasuk 80 dari STK telah lulus kedua-dua ujian dan telah menerima lencana masing-masing," katanya.
Beliau berkata, pihaknya merancang untuk melaksanakan beberapa aktiviti dengan membabitkan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) yang berpangkalan di Kem Mahkota, Kluang. Menurutnya, jika diluluskan aktiviti itu akan dilaksanakan tahun ini dan beberapa aktiviti lain pula akan menyusul. "Kami berharap menerusi aktiviti ini akan meningkatkan lagi semangat pelajar untuk mendalami bidang aeroangkasa dan seterusnya menjadi juruterbang atau angkasawan," katanya.
Selain itu, pembabitan golongan remaja dalam Unit Pengakap Udara juga boleh menghindarkan mereka daripada terjebak dalam kegiatan tidak berfaedah termasuk penyalahgunaan dadah, katanya. Anand melahirkan penghargaan kepada semua pemimpin dan sekolah menengah yang telah mengambil inisiatif menubuhkan unit tersebut di tempat masing-masing. "Saya berharap unit ini akan terus berkembang di seluruh negara tidak lama lagi sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam jurusan aeroangkasa," katanya.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0411&pub=Kosmo&sec=Komuniti_Kita&pg=kk_05.htm
Unit Pengakap Udara ditubuhkan pada Februari tahun lalu oleh Pasukan Pengakap Malaysia dengan STK menjadi skuadron pertamanya (Skuadron 01 Kluang). Idea penubuhan unit tersebut datang daripada seorang juruterbang tempatan yang juga merupakan seorang ahli pengakap, Kapten Anand J. Samuel. Menurut Anand, penglibatan remaja dalam Unit Pengakap Udara boleh menghindarkan mereka daripada terjebak dalam kegiatan tidak berfaedah.
2009-04-12 Posted by Pengakap Kelana Johor at 6:58 PM 0 comments
Labels: BERITA KELANA JOHOR, BERITA PPM JOHOR