PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

Bermula pada tahun ini semua krew Kelana Johor digalakkan bergerak aktif di daerah dengan mengadakan aktiviti berkaitan Kelana serta membantu PPM Daerah melaksanakan aktiviti berkaitan. Krew Kelana yang hendak menjalankan aktiviti atau program , beberapa perkara perlu di beri perhatian dan diambil tindakan sewajarnya.

1.    Program atau aktiviti di peringkat Daerah, permohonan perlaksanaan berserta Kertas Konsep hendaklah dimajukan kepada Pesuruhjaya Daerah melalui Pen, Pesuruhjaya Daerah-Kelana dan majukan 1 salinan ke Unit Kelana Negeri..

2.    Sekiranya program atau aktiviti yang hendak dilaksanakan melibatkan Guru Sekolah atau Pelajar, satu surat Permohonan Pelepasan berserta Kertas Konsep WAJIB dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah melalui Pesuruhjaya Daerah.

3.    Surat yang dihantar hendakah menggunakan 'Letter Head' Pengakap dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Daerah dan 1 salinan kepada Unit Kelana Negeri.

4.  Laporan aktiviti hendaklah dibuat setelah selesai perlaksanaan aktiviti, 1 salinan kepada PPM Daerah dan 1 salinan kepada PPM Negeri (unit Kelana)

PENDAFTARAN SEMUA UNIT KELANA DALAM NEGERI JOHOR


Kepada semua unit Kelana dalam Negeri Johor DIWAJIBKAN mendaftar sebagai satu organisasi yang sah mengikut aspek perundangan. Prosedur Pendaftaran Pasukan Kelana/KLM/KLKM adalah seperti berikut :

1.    Semua ahli dan pemimpin, isikan borang PPM 1(B)- Borang Pendaftaran Ahli Dewasa muat turun dari web PPM.
2.    Kumpulkan borang PPM 1B yang telah siap diisi, untuk mengisi maklumat pada borang PPM 2(B) PENYATA LENGKAP YURAN DAN PERANGKAAN AHLI.

3.    Pemimpin Krew tandatangan borang tersebut dan majukan kepada Pen Pesuruhjaya Daerah - Kelana untuk dihantar ke PPM Daerah dan PPM Negeri untuk tindakan.

4.    Pastikan Pemimpin Krew membuat salinan sebagai simpanan. Sila ambil tindakan sewajarnya bagi memastikan semua Kelana dalam negeri Johor berdaftar secara sah.

5.   Sekiranya ada masalah untuk mendaftarkan Krew Kelana sila berhubung dengan Pen. Pesuruhjaya Daerah-Kelana mengikut daerah masing-masing.

6.   Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai unit Kelana hendaklah mendaftar mengikut sekolah serta menggunakan borang PPM 1(B) dan PPM 2(B).

7.   Kepada ahli-ahli Kelana yang tidak mempunyai Krew pendaftaran akan dibuat bawah Majlis Pengakap Kelana Negeri Johor. Sila majukan borang pendaftaran dengan kadar segera terus kepada saudara Akmal bin Ismail.

8.  Kegagalan mendaftarkan Krew Kelana akan menjadikan satu masalah kepada Krew Kelana untuk menjalankan aktiviti atau program.
    

TAWARAN MENGHADIRI KURSUS DI INSTITUT VETERINAR/PERTANIAN

Kepada ahli-ahli Kelana di semua Daerah Negeri Johor yang berminat untuk menghadiri kursus di Institut Veterinar Kluang dan Institut Pertanian Air Hitam. Sila berhubung terus dengan Pejabat Veterinar Daerah yang melibatkan Kursus Penternakan Lembu Pedaging/Tenusu, Penternakan Kambing/Bebiri, Penternakan Ayam dan Puyuh.

Bagi kursus di Institut Pertanian Air Hitam sila berhubung dengan Pejabat Pertanian Daerah masing-masing. Kursus adalah percuma termasuk penginapan. Sekiranya ada kemusykilan atau masalah semasa berurusan dengan pejabat berkenaan, sila maklumkan perkara ini kepada Pen Pesuruhjaya Negeri - Kelana.

Jadual kursus boleh didapatkan di Pejabat Veterinar/Pejabat Pertanian Daerah masing-masing. Mohon diambil tindakan segera untuk membolehkan ahli Kelana yang berminat untuk turut serta.

 

1ST ECROM 2010


PENYERTAAN KE 1ST ECROM 2010.

KEPADA SEMUA KREW KELANA TERBUKA YANG BERHASRAT UNTUK TURUT SERTA PROGRAM INI. BUTIR-BUTIR ADALAH SEPERTI DI BAWAH:
  • TARIKH: 11 - 14 FEBRUARI 2010
  • TEMPAT: KEM PENGAKAP TELAGA BATIN, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
  • BAYARAN: RM 30 SAHAJA
  • TEMA: "SURVIVAL AND BACK TO NATURE"
  • TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 07 FEBRUARI 2010
KEPADA KREW KELANA YANG BERHASRAT UNTUK TURUT SERTA SILA MAKLUMKAN KEPADA P/JAYA DAERAH DAN PEN. P/JAYA DAERAH - KELANA MASING-MASING SERTA PEN.P/JAYA NEGERI - KELANA (EN. MOHD AFFANDI -0162978107) P/S ALATAN TAMBAHAN YANG PERLU DIBAWA:
  • BOTOL KACA 
  • LILIN 
  • BOTOL PLASTIK
  • TIN BISKUT @ TIN MINYAK TANAH
  • PLAYAR

13th World Scout Moot




Tarikh : 27 Julai hingga 7 Ogos 2010
Tempat : Rowallan Scout Camp, Nairobi, Kenya




Salam dan Pesan dari Pesuruhjaya Negeri



Kepada semua PPNJ & PD:

Harap maklumkan kepada ADC, Pemimpn dan Ahli Pengakap semua;
Semasa memakai uniform lengkap pengakap, hendaklah dililitkan kain hitam selebar 2 inci di lengan kiri sebagai tanda penghormatan kita di atas kemangkatan DYMM Baginda Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang dikasihi selaku penaung Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.
Bacaan Al-Fatihah & bertafakur(bg bukan islam) di dalam perjumpaan pengakap.

-Tuan Haji Yaacob Bin Abd Karim-
Pesuruhjaya Negeri PPM Johor


Merafak Takziah



Merafak Takziah diatas kemangkatan Baginda Sultan yang dikasihi, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Al- Fatihah


Pembetulan Tarikh & Tempat bagi Mesyuarat Majlis Kelana Negeri Johor 1/2010



Tarikh: 30 Januari 2010
Masa: 2.00 Petang
Tempat: Hotel Nagaria Inn Kluang
(Taman Intan, bersebelahan Stesen Minyak Shell)

  • Sila Hubungi Encik Affendi untuk sebarang keterangan lanjut (0162978107)
  • Semua Ahli Majlis Kelana Johor,ADC Kelana dan Ketua Krew Kelana di setiap daerah dijemput hadir
  • Sekurang-kurangnya 3 atau 5 wakil dari setiap daerah
  • Tiada sebarang bayaran dikenakan




MESYUARAT PASUKAN KELANA NEGERI JOHOR 1/2010

TARIKH: 31 JANUARI 2010
MASA: 2.00 PTG
TEMPAT: DEWAN TAMAN INTAN
SILA HUBUNGI EN AFFENDY (0162978107)
UNTUK KETERANGAN LANJUT

PASUKAN PENGAKAP
KELANA NEGERI JOHOR
MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431
DAN TAHUN BARU 2010