Pertandingan Mencipta Logo Kelana Johor

Pertandingan ini terbuka untuk:

  • Ahli Majlis tertinggi Kelana Negeri Johor shj.
  • Pemimpin pasukan kelana sekolah-sekolah negeri Johor shj.
  • Ahli-ahli Kelana Daerah & Negeri Johor shj.
  • kepada sesiapa yang berminat (Ahli Pengakap Negeri Johor shj).

Penghargaan akan diberikan kepada logo yang berjaya dipilih, dan akan dipamerkan sebagai logo utama Pasukan Kelana Negeri Johor.

Syarat-syarat:

  1. Mempunyai objektif pada setiap bentuk dan warna.
  2. Konsep 1Johor, 1Malaysia.
  3. Tidak diciplak dari logo yang lain.
  4. Motif terbuka.
  5. TIDAK MENYINGGUNG SENSIVITI SESUATU KAUM, AGAMA & BANGSA.

Sila hantarkan penyertaan beserta penerangan logo kepada:

emel XO - azman@airscoutmalaysia.com

Tarikh akhir penyertaan: 30 September 2009

Kursus Manikayu 3(ii) PKK, PM, PR Dan PK Anjuran PLNJ

Tarikh : 30 Julai hingga 2 Ogos 2009
Hari : Khamis hingga Ahad
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat
Anjuran : Pasukan Latihan PPM Negeri Johor
Pendaftaran : 30 Julai 2009

PL PPMNJ mengalu-alukan penyertaan kepada pemimpin-pemimpin Pengakap yang berminat.
Keterangan lanjut sila hubungi:

1) Tn. Hj. Ibrahim b. Abdullah, PPNJ Latihan (013-7014105)
2) En. Mohd Asik b. Saim, Pesj Daerah Batu Pahat (012-6522247)

Rover Moot 1Malaysia

Rover Moot 1Malaysia


Le Tour de Jengka


Seramai 64 orang peserta Kelana Negeri Johor telah dapat menhadirkan diri ke Rover Moot 1Malaysia, di Jengka Pahang, Johor merupakan negeri yang teramai menghantar peserta, mengalahkan kontinjen negeri-negeri lain, iaitu Melaka, KLKM UIA, KLKM, Selangor, WPKL, Pulau Pinang.

Pesanan Ikhlas Dari Mantan PPNJ Kelana sesi 2006/09

Salam Pengakap.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menghulur bantuan dalam menjayakan program Kelana Negeri Johor. Tiada apa yang dapat saya berikan untuk membalas budi anda semua kecuali dengan ucapan terima kasih, dan semoga Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya.

Mesej ringkas yang dapat saya abadikan, setelah sama-sama kita bersatu membangunkan pergerakan kelana dan kini diterajui oleh barisan kepimpinan baharu ialah;

1. Bersamalah kita memperkasa pergerakan kelana Negeri Johor khususnya.
2. Hindarilah perasaan hasad dengki, tidak amanah, dan perpecahan.
3. Berbincang dan bermesyuarah dalam mengatasi semua masalah yang dihadapi.
4. Imej kelana terletak di tangan kita, tidak ada siapa yang akan mengangkatnya kecuali kelana.

Semoga maju jaya. Wasallam.

Tahniah : Program Pelantikan Kelana Negeri Johor 2009 Sukses

Seramai 98 orang peserta telah menyertai program edisi ke-2 tersebut. Program kali ini amat bermakna sekali, kerana pemilihan jawatankuasa Majlis Kelana Negeri sesi 2009/2011 turut diadakan.

Mesyuarat Majlis Kelana Negeri yang dijalankan pada malam kedua turut menyaksikan penyerahan tugas secara rasmi en. Ramli b. Ibrahim kepada en. Fandi b. A Hamid selaku Penolong Pesuruhjaya Negeri Unit Kelana yang baharu.

Pihak pengelola ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pesuruhjya Negeri Johor, ahli jawatankuasa pengelola, para pemimpin, dan para peserta yang telah menjayakan program tersebut.

Tidak ketinggalan tahniah kepada en. Fandi b. A Hamid dan semua barisan ahli Majlis Kelana Negeri yang baru dilantik.

6th Asia Pacific Regional Scout Youth Forum

Tarikh : 20 hingga 25 Oktober 2009
Jangka Masa : 5 hari
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras Kuala Lumpur
Anjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia

MESYUARAT : MAJLIS KELANA NEGERI JOHOR 2009

Tarikh : 28 Jun 2009
Hari : Ahad
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh


Semua ahli jawatankuasa Majlis Kelana Negeri Johor diwajibkan hadir.
Jika tidak hadir sila maklumkan segera.

Jika tedapat sebarang pindaan akan dimaklumkan kemudian.

PPNJ Kelana

Program Perkhemahan Belia

Tarikh : 19 hingga 22 Jun 2009
Hari : Jumaat hingga Isnin
Tempat : Sungai Teminggul, Kluang
Bayaran Penyertaan : PERCUMA
Penyertaan : Terbuka kepada kelana

Sesiapa yang BERMINAT. Daftar segera.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi en. Fandi di talian (0162978107).