Kursus Manikayu Modul A dan B Unit Pengakap Kanak-Kanak

Tarikh : 23 hingga 26 Mai 2008
Tempat : Pusat Latihan Pengakap Daerah Pontian,
Kompleks Penghulu Mukim Serkat
Anjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pontian
Berminat : Sila hubungi Pesuruhjaya Daerah Pontian,
encik Azhar Noor Rahman : 012-7441552/019-7440442

Perhimpunan Pramuka Bengkalis, Indonesia

Program seperti di atas akan diadakan
pada 6 hingga 12 Julai 2008.
Sesiapa yang berminat, boleh mengikutinya.
Sila hubungi Pn. Nurshidah bt. Ab. Hamid

SUMBANGAN BAHAN PENGAKAP

Adalah dengan berbesar hati pihak Pusat Sumber Pengakap,
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor memohon kepada
mana-mana pihak atau individu dari dalam atau luar negara yang
bermurah hati menyumbang bahan berkaitan kepengakapan.


Tujuan utama adalah untuk menambah bahan koleksi Pengakap
yang mempunyai nilai sentimental dan kalangan peminat tersendiri
untuk dijadikan bahan rujukan tidak ternilai, kepada golongan muda
serta generasi akan datang.

Segala pertanyaan boleh diajukan kepada Tuan Haji Mohd Noh
bin Haji Hamim, PPNJ Pusat Sumber dan Galeri
(H/p : 017-7858381 atau 07-4138224).

Perhimpunan Raksaksa Sambutan 100 Tahun Kepengakapan di Malaysia

Tarikh : 1 Ogos 2008
Hari : Jumaat
Tempat : Stadium Negara, Kuala Lumpur
Ahli-ahli Pengakap yang berminat boleh menyertainya
sebagai memberi sokongan dan meraikan majlis bersejarah ini
bersama rakan-rakan Pengakap dari seluruh negara.
Syabas kepada pergerakan Pengakap Malaysia.