Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Kali Ketiga 2007

Tarikh : 10 Nov. 2007 (Sabtu)
Masa :9.3- pagi
Tempat : Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri turut akan diadakan
selepas selesai mesyuarat MPNJ.

Program Akhir Tahun : Perkhemahan Keluarga Kelana

Tujuan utama ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan meningkatkan
semangat kekitaan di kalangan anggota kelana negeri Johor. Disamping itu ia
merupakan program akhir sebelum tahun 2007 melabuh tirai.
Justeru itu perkhemahan dua hari semalam ini lebih
merupakan agenda kekeluarga kelana yang turut
melibatkan ahli keluarga anggota yang menyertai.
Semoga anda diluar sana dapat bersama
memeriahkan program ini. Sesiapa yang
berminat untuk menyertai perkhemahan ini
sila maklumkan penyertaan anda secara email
kepada kelanajohor@yahoo.com atau hubungi 019-7575604.

PPM Daerah Johor Bahru Menjalankan Kursus

Satu Kursus Manikayu Modul A dan B bagi Unit Pengakap Kelana
akan dianjurkan PPMDJB pada 30 Nov. hingga 2 Dis. 2007.
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi :
SU PLDJB, sdr. Afzainizam (019-7782284).

Syabas di atas daya usaha PLDJB, PPMDJB.

BERSIAP SEDIA : BANJIR

Tarikh : 23 Okt. 2007
Tempat : Muar dan Batu Pahat

Daerah Muar : Pt. Sakai, Pt. Jamil dan Pt. Bakar

Daerah Batu Pahat : Kg. Ayer Putih (Sri Medan),
Kg. Bt. 21 (jln. Muar Pt. Sulong), Kg. Pt. Sentang Batu,
Kg. Pt. Lapis Laman, Kg. Pt. Lama, dan Kg. Pt. Othman (Pt. Sulong)

Semua anggota kelana Johor, diminta bersedia bagi membantu mangsa
banjir di daerah yang terlibat. Jika keadaan semakin serius,
segera maklumkan kepada Majlis Kelana Negeri,
atau jika kawasan anda juga terjejas.

Marhaban di rumah Pn. Nursidah

Pn. Nursidah rumahnya cantik, pintu mahal, pagar pun besar,
syiling counis lantainya mamar..... antara bunyi doa yang dipohonkan.
Kesian mereka nie keletihan?
Ini baru separuh jalan (50 km) ada 50 km lagilah brother.....

Hidangan nasi ayam di rumah Pak Hasan Kandar

Shhuuuh......? Ini bukan isteri Pak Hasan.... anak-anak beliau pun BUKAN.
Ini mambang hijau, mambang merah, mambang ungu...... tau.

Kunjungan di rumah Tn. Hj. Mohd Ali bin Hj. Mohd Noh


Sehari Marhaban Kelana

Tarikh : 20 Okt. 2007 / 8 Syawal 1428
Hari : Sabtu
Masa : 9.30 pg - 8.00 mlm
Tempat : Tmn. Setia Jaya (bandar) via Pt. Jalil via Pt. Sulong
via Pt. Raja via Pt. Hailam via Sg. Lurus via Sri Medan

Yang berjasa harus dikenang,
Yang lupa harus ditandang,
Yang rindu harus disayang,
Yang lupa harus dipandang,
Yang keroh harus dibuang,
Yang adat harus dipegang......

Sesibuk manapun kita....?
Yang muda harus mengingati yang tua.

Ikuti rakaman kunjungan marhaban pemimpin dan kelana tempohari.

Penghargaan dan Terima Kasih

Majlis Kelana Negeri Johor amat terharu dan tersanjung dengan kesudian serta sambutan tuan-tuan rumah seisi keluarga, menerima kunjungan marhaban kumpulan pemimpin (PPNJ/PPD)
dan ahli kelana.
En. Ramli b. Ibrahim
Tn. Hj. Mohd Ali b. Hj. Mohd Noh
YM. Raja Iskandar b. Raja Ali
En. Hasan b. Kandar
En. Zaid Mazri b. Buhari
Pn. Nursidah bt. Abd Hamid
En. Reduwan b. Ahmad
Tn. Hj. Samsi b. Nasir
En. Mohd Khir b. Hj. Muda
En. Mohd Asik b. Saim

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Ucapan Takziah

Marilah kita sedekahkan surah Al-Ikhlas kepada arwah Cikgu Zainal (Pontian),
yang telah meninggal dunia pada awal Ramadan lalu.

Al-Fatihah....

Semasa hidupnya arwah adalah salah seorang tokoh pemimpin Pengakap daerah Pontian
yang aktif dan banyak menyumbang jasa. Beliau adalah seorang yang dihormati serta
disenangi oleh rakan dan budak-budak Pengakap. Pemergiannya amat dirasai,
khususnya ahli Pengakap daerah Pontian dan
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

Takziah kepada seluruh keluarga arwah cikgu Zainal.

Jasamu tetap dikenang.

Jemputan Menyertai Marhaban

Tarikh : 20 Okt. 2007 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Batu Pahat
Pakaian : Baju Melayu

Dipersilakan anggota kelana negeri Johor yang berminat untuk menyertai program marhaban sehari. Tujuan dianjurkan adalah untuk mengeratkan persaudaraan di antara ahli Pengakap, di samping memupuk nilai berkunjung; yang muda melawat yang tua. Dan satu tabung derma kilat akan dijalankan bagi membantu rakan kelana, sdr. Azlan Shah Mohd Top yang mengalami musibah (rumah terbakar).

Tahniah di atas Kejayaan Majlis Berbuka Kelana

Tarikh : 11 Okt. 2007 (Khamis)
Tempat : Simpang Renggam, Kluang

Syabas dan taniah kepada ahli jawatankuasa Majlis Kelana Negeri
yang telah berjaya mengelola dan mengumpulkan sebilangan
anggota kelana dari beberapa daerah.

Kehadiran lebih kurang 30 orang kelana dan 16 orang VIP,
turut hadir Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

Majlis dimulakan pada pukul 6.20 ptg. dengan ucapan
PPNJ Unit Kelana, diikuti dengan majlis tahlil ringkas,
berbuka dan solat maghrib berjemaah. Seterusnya
jamuan makan (menu Nasi Jagung Simpang Renggam).
Selanjutnya ucapan ringkas dari Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
Bergambar kenangan dan diikuti taklimat ringkas dari PPNJ Unit Kelana.

Terima kasih di atas sokongan dan kehadiran anggota kelana.

Risik-risik : Program Pontian

Dengar-dengarnya, PPM daerah Pontian merancang
mengadakan Perhimpunan Pengakap Daerah Pontian
pada 17 hingga 20 November 2007.

Jangan lupa pulak nak jemput kawan-kawan dari daerah
lain ok. Semoga usaha yang murni ini dapat diteruskan,
dan segala yang dirancang mencapai kejayaan sukses.

Titipan Kenangan : Kursus Manikayu Unit Kelana Modul B

Tarikh : 23 - 25 Ogs. 2007
Tempat : Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh

Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta kursus yang telah
berjaya menamatkan manikayu peringkat Modul B. Semoga anda
akan terus mengikuti modul-modul selanjutnya, sehingga mendapat
Tauliah Manikayu. Semoga sukses dan maju jaya.

SU Kehormat Majlis Pengakap Negeri Johor

Tarikh : 29 Sept 2007
Tempat : Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh

Setiausaha Kehormat MPNJ yang baru telah mengadakan lawatan rasmi

meninjau kawasan kem, serta turut hadir bersama dalam Mesyuarat

Jambori Antarabangsa Johor 2008 kali pertama. Beliau yang

dimaksudkan ialah encik Mohd Fahmy bin Yahya.



"Syabas dan tahniah di atas perlantikan tuan".

Keratan Akhbar : BERITA HARIAN

4 Okt. 2007 / 22 Ramadan 1428
Seri Paduka Anugerah Bintang Pengakap
YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga
Penaung Agung Persekutuan Pengakap Malaysia berbincang hal
pergerakan Pengakap dengan Raja Sweeden,
Raja Carl Gustav ke-16 yang juga Presiden Kehormat
Yayasan Pengakap Dunia di Istana Negara Kuala Lumpur.
Seri Paduka turut berkenan menyampaikan bintang tertinggi
Persekutuan Pengakap Malaysia “Semangat Padi Emas
kepada Raja Carl Gustav.

Teropong Runcing : Jambori Melaka 2007


Pertandingan Mencipta Logo Kelana Johor

Majlis Kelana Johor menganjurkan pertandingan mencipta logo
khas bagi Kelana Negeri Johor. Ia bertujuan sebagai satu
"trade mark" serta pembaharuan imej terkini, yang penuh
dengan semangat membara dan idea yang tajam.

Syarat-syarat pertandingan :
1. terbuka kepada sesiapa yang berminat
2. ciptaan asli dan hak cipta tersendiri
3. melambangkan maksud dan pengertian sesuai dengan "Kelana Negeri Johor"
4. setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan
5. tarikh tutup penyertaan sebelum atau pada 1 Januari 2008

Keterangan lanjut sila hubungi sdr. Azman (0122631741) atau email kami di : kelanajohor@yahoo.com.

BERITA : Pak Unggal dirawat

Tarikh : 2 Sept. 2007
Tempat : HUKM, Kuala Lumpur

Tn. Hj. Hamzah b. Maslan (Pak Unggal),PPNJ Kesihatan,Kecemasan & Bencana Alam

juga merupakan mantan PPNJ Unit Kelana sekarang berada dalam keadaan stabil
tetapi membimbangkan. Ini kerana beliau berkemungkinan akan menjalani satu
lagi pembedahan bagi mengatasi masalah saluran tersumbat pada jantungnya.

Bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan beliau
dan agar kesihatannya segera pulih seperti biasa.

Pejabat Kelana Johor

Marilah kita berkongsi usaha dalam mewujudkan sebuah pusat gerakan (pejabat),
yang boleh memberi satu kemudahan dan imej baru kepada kelana negeri Johor.
Setidak-tidaknya selepas mencapai 100 tahun usia Pengakap dunia,
menjelang 2008 kita mampu berbangga dengan memiliki satu
pusat pentadbiran sendiri.
Satu tekad ke arah mencapai kecemerlangan berkelana.

Wawasan Majlis Kelana Negeri.