Pesanan Ikhlas Dari Mantan PPNJ Kelana sesi 2006/09

Salam Pengakap.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menghulur bantuan dalam menjayakan program Kelana Negeri Johor. Tiada apa yang dapat saya berikan untuk membalas budi anda semua kecuali dengan ucapan terima kasih, dan semoga Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya.

Mesej ringkas yang dapat saya abadikan, setelah sama-sama kita bersatu membangunkan pergerakan kelana dan kini diterajui oleh barisan kepimpinan baharu ialah;

1. Bersamalah kita memperkasa pergerakan kelana Negeri Johor khususnya.
2. Hindarilah perasaan hasad dengki, tidak amanah, dan perpecahan.
3. Berbincang dan bermesyuarah dalam mengatasi semua masalah yang dihadapi.
4. Imej kelana terletak di tangan kita, tidak ada siapa yang akan mengangkatnya kecuali kelana.

Semoga maju jaya. Wasallam.

Tahniah : Program Pelantikan Kelana Negeri Johor 2009 Sukses

Seramai 98 orang peserta telah menyertai program edisi ke-2 tersebut. Program kali ini amat bermakna sekali, kerana pemilihan jawatankuasa Majlis Kelana Negeri sesi 2009/2011 turut diadakan.

Mesyuarat Majlis Kelana Negeri yang dijalankan pada malam kedua turut menyaksikan penyerahan tugas secara rasmi en. Ramli b. Ibrahim kepada en. Fandi b. A Hamid selaku Penolong Pesuruhjaya Negeri Unit Kelana yang baharu.

Pihak pengelola ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pesuruhjya Negeri Johor, ahli jawatankuasa pengelola, para pemimpin, dan para peserta yang telah menjayakan program tersebut.

Tidak ketinggalan tahniah kepada en. Fandi b. A Hamid dan semua barisan ahli Majlis Kelana Negeri yang baru dilantik.

6th Asia Pacific Regional Scout Youth Forum

Tarikh : 20 hingga 25 Oktober 2009
Jangka Masa : 5 hari
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras Kuala Lumpur
Anjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia

MESYUARAT : MAJLIS KELANA NEGERI JOHOR 2009

Tarikh : 28 Jun 2009
Hari : Ahad
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh


Semua ahli jawatankuasa Majlis Kelana Negeri Johor diwajibkan hadir.
Jika tidak hadir sila maklumkan segera.

Jika tedapat sebarang pindaan akan dimaklumkan kemudian.

PPNJ Kelana

Program Perkhemahan Belia

Tarikh : 19 hingga 22 Jun 2009
Hari : Jumaat hingga Isnin
Tempat : Sungai Teminggul, Kluang
Bayaran Penyertaan : PERCUMA
Penyertaan : Terbuka kepada kelana

Sesiapa yang BERMINAT. Daftar segera.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi en. Fandi di talian (0162978107).

JEMPUTAN RAIMUNA (ROVERMOOT) DAERAH KWARTIR DAERAH RIAU 2009

Tarikh : 28 Jun hingga 5 Julai 2009
Jangkamasa : 8 hari
Tempat : Tapak Perkhemahan Pawang Perkasa II, Kabupaten Bengkalis-Riau
Anjuran : Gerakan Pramuka Kwatir Daerah Riau
Kriteria Peserta : Ahli Pengakap (berusia 17 1/2 hingga 25 tahun)
Yuran Penyertaan : RM150.00

ROVER MOOT 1 MALAYSIA

Tarikh : 23 hingga 27 Julai 2009
Hari : Khamis hingga Isnin
Pendaftaran : 3.00 petang (Khamis 23 Julai 2009)
Tempat : Kem Tengku Mahkota, Bandar Tun Razak,
Jengka Pahang
Anjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama
PPM Negeri Pahang & PPM Daerah Jengka
Peserta : Ahli Kelana (berumur 171/2 tahun ke atas)
Yuran Penyertaan : RM100.00 seorang

Aktiviti :
- Projek Pioneering
- Program Extreme
- Ujian-ujian Skim Pengakap Kelana
- Persembahan Malam Pengakap
- Lawatan ke Taman Negara
- Dll.

Ucapan Selamat Pengantin Baharu

Setinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada dua pasang mempelai yang merupakan ahli kelana negeri Johor yang akan melangsungkan majlis perkahwinan pada bulan Jun 2009. Khususnya buat pasangan tersebut yang telah banyak berkhidmat di daerah Pontian.

Sdr. Azfanizam b. Hj. Abd Aziz & Mayuna bt. Yatim
pada 6 Jun 2009 (sebelah lelaki)

Sdr. Mohd Helmy b. Abd Majid & Yuhaini bt. Ahmad Rafeei
pada 7 Jun 2009 (sebelah lelaki)


Majlis Kelana Negeri mendoakan semoga anda semua hidup rukun damai, dikurniakan zuriat yang soleh/solehan serta berbahagian sehingga ke akhirat, insya'Allah.

PPNJ Kelana