SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

PEN. PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI JOHOR - UNIT KELANA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA AHLI-AHLI KELANA YANG BERAGAMA ISLAM. SEMOGA DI AIDIL FITRI INI SEMUA AHLI-AHLI KELANA DAPAT MENGERATKAN LAGI SIRATULRAHIM SESAMA KITA. DENGAN RENDAH HATI DAN KEIKHLASAN MOHON KEMAAFAN KEPADA SEMUA AHLI-AHLI KELANA, DI ATAS SALAH SILAP TUTUR KATA DAN PERBUATAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN KERANA SEBAGAI INSAN YANG LEMAH TIDAK LARI DARI MELAKUKAN KESALAHAN DAN KECUAIAN. SEMOGA DI MASA AKAN DATANG DAPAT DIPERBAIKI LAGI TAHAP PIMPINAN DAN KEGIATAN DALAM KELANA NEGERI JOHOR. TANPA SOKONGAN MORAL DAN TENAGA PENGAKAP KELANA TIDAK AKAN DAPAT BERGERAK DENGAN JAYANYA. SEMOGA DENGAN SOKONGAN SEMUA AHLI-AHLI KELANA INSYALLAH KITA AKAN DAPAT MEREALISASIKAN ASPEK KEGIATAN DAN KEMAJUAN PENGAKAP KELANA NEGERI JOHOR. SALAM AIDIL FITRI.

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA KREW KELANA SEMPENA PROGRAM MASAK BUBUR LAMBUK

Alhamdulillah program yang dinyatakan telah berjalan lancar, dan dapat dilaksanakan dengan komitmen-komitmen Ahli Krew Kelana yang sejati. Jutaan terimakasih diucapkan kepada:

1. Cikgu Kama Azhar dan Pasukan Kelana SMK Senggarang
2. Saudara Hadi dan Pasukan Kelana Siswa/Siswi UTHM,
3. Saudara Mohd Khairul Azian dan Pasukan Kelana C Batu Pahat,
4. Cikgu Taufik Mohd Serah dan Pasukan Kelana SMK Tanjung Datuk Penggerang Kota Tinggi,
5. Sdr Wan dan Pasukan Khas Kelana Kem,
6. Sdr Hafidzuddin Omar Kelana A Kluang,
7. Sdr Azlan Shah (Potet) Kelana Pontian,
8. Sdri Erni Kelana Kota Tinggi

Budimu dikenang dan dimasa akan datang, diharapkan dapat menyemai bakti untuk kebaikan bersama

PROGRAM KELANA MEMASAK BUBUR LAMBUK


1.   KEHADIRAN KELANA AMAT DIALU-ALUKAN DENGAN MEMBAWA PERALATAN UNTUK PERSEDIAAN BAHAN MEMASAK SEPERTI PISAU DAN PARANG KECIL.

 2.   PAKAIAN GOTONG ROYONG MEMASAK IALAH BAJU T PENGAKAP YG BERSESUAIAN TERMASUK BAJU CREW MASING-MASING.

3.   SEMUA AHLI KELANA DIALU-ALUKAN UNTUK MEMBERI SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INI.

4.  AHLI-AHLI KELANA YANG MENJAYAKAN PROGRAM INI AKAN DIBERI SIJIL PENGHARGAAN DAN DIAKUI UNTUK UJIAN LENCANA PERKHIDMATAN.

5.   AGIHAN BUBUR LAMBUK ADALAH KPD PENDUDUK SETEMPAT, RUMAH ANAK YATIM B.PAHAT, PETUGAS-PETUGAS DI BALAI POLIS, BALAI BOMBA, HOSPITAL BATU PAHAT TERMASUK PETUGAS-PETUGAS TNB, JBA DAN STM.

 6.  KEPADA AHL-AHLI KELANA SILA BAWA PAKAIAN PENGAKAP LENGKAP UNTUK PENUGASAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK INI.

PENDAFTARAN KELANA NEGERI JOHOR

1.   MOHON KERJASAMA PEN. PESURUHJAYA DAERAH-UNIT KELANA DAN  KREW-KREW KELANA YANG TELAH BERDAFTAR DENGAN PPM JOHOR UNTUK MENGHANTAR SENARAI NAMA-NAMA AHLI DAN KUMPULAN YANG TELAH DIDAFTARKAN.

2.   KEPERLUAN INI ADALAH UNTUK MENYUSUN PROGRAM KELANA PADA MASA AKAN DATANG KHUSUSNYA UNTUK PROGRAM LENCANA KELANA.

3.   SENARAI PENDAFTARAN BOLEH DI HANTAR TERUS KEPADA:

      MOHD AFFANDI BIN HJ ABDUL HAMID
      NO 27 JALAN 12, TAMAN DELIMA 86000 KLUANG JOHOR
      EMAIL affendif@yahoo.com atau FB






PROGRAM BUBUR LAMBUK DAN MAJLIS TILAWAH DAN TADARUS AL-QURAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI JOHOR TAHUN 2010

Rujuk Surat: PPM -2(471)/2010 bth 21 Jul 2010 dan Surat PPMNJ/PTD/2010(6) bth 13 Ogos 2010.

1.       Sukacita dimaklumkan kepada semua ahli-ahli Pengakap Kelana dijemput untuk turut serta dan menyumbang tenaga bagi menjayakan PROGRAM BUBUR LAMBUK 2010. Pasukan Pengakap Kelana telah dipertanggungjawabkan untuk memasak BUBUR LAMBUK justeru ini Ahli-ahli Pengakap Kelana dijemput HADIR dan melaksanakan kerja-kerja memasak bubur lambuk ini.

 2.      Butir-butir untuk Program Memasak Bubur Lambuk adalah seperti berikut:
          a.    TARIKH    -   21 OGOS 2010/SABTU
          b.    MASA       -   0900 (KEHADIRAN KELANA)
          c.    TEMPAT  -    KEM PENGAKAP TG LABUH BATU PAHAT
          d.    PAKAIAN -   BAJU T PENGAKAP (MASA MEMASAK)
                                         BAJU PENGAKAP (AGIHAN BUBUR LAMBUK)
                                         BAJU KEBANGSAAN (TILAWAH & TADARUS)

3.     Ahli-ahli Kelana yang akan hadir sila bawa BUKU LOG untuk aktiviti Lencana Perkhidmatan dan Sijil Aktiviti akan dikeluarkan kepada ahli-ahli Kelana yang terlibat.
4.     Digalakan kepada ahli-ahli untuk membawa sumbangan bahan-bahan memasak Bubur Lambuk. Sekiranya ada pertanyaan boleh berhubung terus di nombor 016-2978107.

5.     Kerjasama ahli-ahli Kelana amat dialu-alukan dan diucapkan jutaan terima kasih.
 

JAMBORI PENGAKAP '1 BELIA 1 MALAYSIA

RUJUK KERTAS KERJA JAWATANKUASA TEKNIKAL LATIHAN PPM BAHAWA YB MENTERI BELIA DAN SUKAN TELAH MENJEMPUT MAJLIS PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA UNTUK MENGANJURKAN JAMBORI PENGAKAP SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2010.

PENYERTAAN:
1. PENGAKAP MUDA     - 40 AHLI
2. PENGAKAP REMAJA  - 40 AHLI
3. PENGAKAP KELANA - 40 AHLI

TARIKH : 13 - 16 MEI 2010
TEMPAT : TAMAN WETLAND PUTRAJAYA
YURAN : AKAN DIMAKLUMKAN (MAKAN & MINUM DISEDIAKAN) 
PENGANGKUTAN: ATAS URUSAN KELANA NEGERI JOHOR
KEUTAMAAN : KELANA TERBUKA SEKIRANYA SURAT PELEPASAN DARI KEMENTERIAN PELAJARAN DIPEROLEHI MAKA KELANA SEKOLAH AKAN DISENARAIKAN.
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI KELANA


PENGURUSAN UNIT KELANA AKAN DIURUSKAN OLEH PEN. PESURUHJAYA NEGERI - UNIT KELANA PW(B) MOHD AFFANDI BIN HJ ABDUL HAMID

MAKLUMAT LAIN AKAN DIUMUMKAN APABILA DITERIMA. KEPADA YANG BERMINAT KHUSUSNYA KEPADA KELANA TERBUKA SILA BERHUBUNG DENGAN PESURUHJAYA DAERAH ATAU PEN.PESURUHJAYA DAERAH UNIT KELANA. MAKLUMAN KEPADA ASC KELANA email affendif@yahoo.com

MESYUARAT PEMIMPIN-PEMIMPIN PENGAKAP KELANA SEMUA PERINGKAT

Rujuk surat PPM-6(012)/2010 bertarikh 18 Februari 2010 bahawa Ibu Pejabat PPM akan mengadakan satu Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Pengakap Kelana semua peringkat (Kumpulan, Daerah,Negeri,KLM,KLKM) untuk membincangkan program-program Kelana untuk tahun 2010-2011. Sehubungan dengan itu semua individu-individu yang dinyatakan untuk hadir sama. Kehadiran Pen.Pesuruhjaya Daerah unit Kelana adalah DIGALAKKAN. Kepada pemimpin-pemimpin yang hadir sila maklumkan kepada Pesuruhjaya Daerah dan Pen Pesuruhjaya Negeri - Kelana untuk tindakan selanjutnya. Butir-butir mesyuarat adalah seperti berikut:
  • Tempat : Kem Pengakap Melaka, Pengkalan Badak Bukit Katil Melaka
  • Tarikh   : 19 - 21 Mac 2010
2.  Aturcara Mesyuarat adalah seperti berikut:
  • 19/03/10        - 1500 ptg           -        Pendaftaran/Pentadbiran
  •                         - 2000 mlm         -        Makan Malam
  •                         - 2100 mlm         -        Majlis Suai Kenal
  •  
  • 20/03/10        - 0800 pagi         -        Sarapan Pagi
  •                         - 0900 pagi         -       (a) Mesyuarat/Perbincangan/Forum
  •                                                       -       (b) Program Kelana
  •                         - 1200 Tgh          -        Makan Tengahari/Solat Zuhur
  •                         - 1430 Tgh          -        Sambung Mesyuarat/Perbincangan/Forum
  •                         - 2000 Mlm          -        Makan Malam
  •  
  • 21/03/10         - 0800 Pagi         -       Sarapan Pagi
  •                          - 0900 Pagi         -       Persetujuan/Keputusan
  •                          - 1230 Tgh          -       Makan Tengahari/solat zuhur
  •                          - 1430 Ptg           -       Bersurai

SELAMAT TAHUN BARU "GONG XI FATT CHAI"

PENGAKAP KELANA NEGERI JOHOR MENGUCAPKAN "GONG XI FATT CHAI" KEPADA SEMUA AHLI-AHLI PENGAKAP BERBANGSA CINA KHUSUSNYA YANG MEMBACA BLOG INI SEMOGA PADA TAHUN HARIMAU INI ANDA AKAN TERUS CERIA DALAM PENGAKAP. 

PANDUAN PENYERTAAN JAMBORI BUDAYA

Berikut adalah panduan untuk Pemimpin dan Krew Kelana yang berminat :
  1. Tarikh                              : 08 hingga 12 Jun 2010
  2. Tempat                            : Pagar Ruyung Tanah Datar Sumatera Barat
  3. Kelayakan                       : Pengakap (13-18thn)/Kelana/Pemimpin/Pesuruhjaya
  4. Kaedah Perjalanan 1       : Kapal Terbang (LCCT-Padang-LCCT)
  5. Kaedah Perjalanan 2       : Feri (Mlk-Dumai-T/ Datar-Dumai-Mlk)
  6. Pusat Mula Perjalanan 1  : LCCT KLIA
  7. Pusat Mula Perjalanan 2  : Pelabuhan Melaka
  8. Pusat Mula Kembali 1     : Lpgn Terbang Minangkabau Padang
  9. Pusat Mula Kembali 2     : Pelabuhan Dumai
 TAMBANG
  1. Tiket  Penerbangan dari LCCT KLIA (P/B) RM 300.00 (tidak termasuk Air Port Tax)
  2. Tiket Feri dari Melaka-Dumai-Tanah Datar (P/B) RM 350.00 (tidak termasuk Port Tax)
 YURAN JAMBORI
  1. RM 300.00 seorang (LCCT-Padang-LCCT)
  2. RM 350.00 seorang (Plbhn Dumai-Tanah Datar-Plbhn Dumai)
Yuran meliputi perkara berikut:
  1. Jambori Kit (Sijil,Pingat,Kemeja,Topi,Tag Nama,Skaf,buku aktiviti)
  2. Makan/Minum bermasak 3 kali sehari (Sarapan,Makan Tghari dan Mkn Malam)
  3. Pengangkutan Lawatan,Ketibaan dan Kembali (Lpgn Terbang &Pelabuhan)
# Makan/minum perjalanan dari Plbhn Dumai ke T/ Datar adalah tanggungan sendiri
# Yuran Kontijen Malaysia RM 10.00 seorang
# Keperluan : Pakaian Seragam Pengakap,pakaian aktiviti, khemah, ubatan peribadi, kelengkapan bersih diri, gambar berpakaian seragam saiz pasport 2 kpg.
# Cukai (dikenakan semasa perjalanan kembali ke Malaysia ditanggung oleh peserta):
  1. Lapangan Terbang Minangkabau RM 38.00 seorang
  2. Pelabuhan Dumai RM 10.00 seorang 
# Insuran Kelompok : Jumlah bayaran akan ditetapkan oleh pihak Pengakap Negeri
# Pasport Antarabangsa : Individu atau Kelompok (urusan Pengakap Negeri)
#Surat kebenaran dari Kementerian Pelajaran diuruskan pihak Ibu Pejabat Pengakap Malaysia
* Krew Kelana yang ingin turut serta sila hubungi Pen Pesuruhjaya Negeri - Unit Kelana

JAMBORI BUDAYA MALAYSIA-INDONESIA

Merujuk kepada surat PPNJ/10/10(05) bertarikh 20 Jan 2010 PPM Negeri Johor mempelawa Pemimpin Kelana dan Krew Kelana untuk menyertai Jambori yang julung kali diadakan. Permohonan untuk menyertai jambori tersebut dibuat melalui ENCIK RAMLI BIN SHARIP iaitu PESURUHJAYA DAERAH KULAI merangkap KETUA KONTIJEN PENGAKAP JOHOR nombor talipon 017-7123097

  1. Nama Program :     JAMBORI BUDAYA MALAYSIA-INDONESIA
  2. Tempat             :     PAGAR RUYUNG TANAH DATAR, SUMATERA INDONESIA.
  3. Tarikh               :     08 JUN HINGGA 12 JUN 2010

PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

Bermula pada tahun ini semua krew Kelana Johor digalakkan bergerak aktif di daerah dengan mengadakan aktiviti berkaitan Kelana serta membantu PPM Daerah melaksanakan aktiviti berkaitan. Krew Kelana yang hendak menjalankan aktiviti atau program , beberapa perkara perlu di beri perhatian dan diambil tindakan sewajarnya.

1.    Program atau aktiviti di peringkat Daerah, permohonan perlaksanaan berserta Kertas Konsep hendaklah dimajukan kepada Pesuruhjaya Daerah melalui Pen, Pesuruhjaya Daerah-Kelana dan majukan 1 salinan ke Unit Kelana Negeri..

2.    Sekiranya program atau aktiviti yang hendak dilaksanakan melibatkan Guru Sekolah atau Pelajar, satu surat Permohonan Pelepasan berserta Kertas Konsep WAJIB dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah melalui Pesuruhjaya Daerah.

3.    Surat yang dihantar hendakah menggunakan 'Letter Head' Pengakap dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Daerah dan 1 salinan kepada Unit Kelana Negeri.

4.  Laporan aktiviti hendaklah dibuat setelah selesai perlaksanaan aktiviti, 1 salinan kepada PPM Daerah dan 1 salinan kepada PPM Negeri (unit Kelana)

PENDAFTARAN SEMUA UNIT KELANA DALAM NEGERI JOHOR


Kepada semua unit Kelana dalam Negeri Johor DIWAJIBKAN mendaftar sebagai satu organisasi yang sah mengikut aspek perundangan. Prosedur Pendaftaran Pasukan Kelana/KLM/KLKM adalah seperti berikut :

1.    Semua ahli dan pemimpin, isikan borang PPM 1(B)- Borang Pendaftaran Ahli Dewasa muat turun dari web PPM.
2.    Kumpulkan borang PPM 1B yang telah siap diisi, untuk mengisi maklumat pada borang PPM 2(B) PENYATA LENGKAP YURAN DAN PERANGKAAN AHLI.

3.    Pemimpin Krew tandatangan borang tersebut dan majukan kepada Pen Pesuruhjaya Daerah - Kelana untuk dihantar ke PPM Daerah dan PPM Negeri untuk tindakan.

4.    Pastikan Pemimpin Krew membuat salinan sebagai simpanan. Sila ambil tindakan sewajarnya bagi memastikan semua Kelana dalam negeri Johor berdaftar secara sah.

5.   Sekiranya ada masalah untuk mendaftarkan Krew Kelana sila berhubung dengan Pen. Pesuruhjaya Daerah-Kelana mengikut daerah masing-masing.

6.   Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai unit Kelana hendaklah mendaftar mengikut sekolah serta menggunakan borang PPM 1(B) dan PPM 2(B).

7.   Kepada ahli-ahli Kelana yang tidak mempunyai Krew pendaftaran akan dibuat bawah Majlis Pengakap Kelana Negeri Johor. Sila majukan borang pendaftaran dengan kadar segera terus kepada saudara Akmal bin Ismail.

8.  Kegagalan mendaftarkan Krew Kelana akan menjadikan satu masalah kepada Krew Kelana untuk menjalankan aktiviti atau program.
    

TAWARAN MENGHADIRI KURSUS DI INSTITUT VETERINAR/PERTANIAN

Kepada ahli-ahli Kelana di semua Daerah Negeri Johor yang berminat untuk menghadiri kursus di Institut Veterinar Kluang dan Institut Pertanian Air Hitam. Sila berhubung terus dengan Pejabat Veterinar Daerah yang melibatkan Kursus Penternakan Lembu Pedaging/Tenusu, Penternakan Kambing/Bebiri, Penternakan Ayam dan Puyuh.

Bagi kursus di Institut Pertanian Air Hitam sila berhubung dengan Pejabat Pertanian Daerah masing-masing. Kursus adalah percuma termasuk penginapan. Sekiranya ada kemusykilan atau masalah semasa berurusan dengan pejabat berkenaan, sila maklumkan perkara ini kepada Pen Pesuruhjaya Negeri - Kelana.

Jadual kursus boleh didapatkan di Pejabat Veterinar/Pejabat Pertanian Daerah masing-masing. Mohon diambil tindakan segera untuk membolehkan ahli Kelana yang berminat untuk turut serta.

 

1ST ECROM 2010


PENYERTAAN KE 1ST ECROM 2010.

KEPADA SEMUA KREW KELANA TERBUKA YANG BERHASRAT UNTUK TURUT SERTA PROGRAM INI. BUTIR-BUTIR ADALAH SEPERTI DI BAWAH:
  • TARIKH: 11 - 14 FEBRUARI 2010
  • TEMPAT: KEM PENGAKAP TELAGA BATIN, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
  • BAYARAN: RM 30 SAHAJA
  • TEMA: "SURVIVAL AND BACK TO NATURE"
  • TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 07 FEBRUARI 2010
KEPADA KREW KELANA YANG BERHASRAT UNTUK TURUT SERTA SILA MAKLUMKAN KEPADA P/JAYA DAERAH DAN PEN. P/JAYA DAERAH - KELANA MASING-MASING SERTA PEN.P/JAYA NEGERI - KELANA (EN. MOHD AFFANDI -0162978107) P/S ALATAN TAMBAHAN YANG PERLU DIBAWA:
  • BOTOL KACA 
  • LILIN 
  • BOTOL PLASTIK
  • TIN BISKUT @ TIN MINYAK TANAH
  • PLAYAR

13th World Scout Moot




Tarikh : 27 Julai hingga 7 Ogos 2010
Tempat : Rowallan Scout Camp, Nairobi, Kenya




Salam dan Pesan dari Pesuruhjaya Negeri



Kepada semua PPNJ & PD:

Harap maklumkan kepada ADC, Pemimpn dan Ahli Pengakap semua;
Semasa memakai uniform lengkap pengakap, hendaklah dililitkan kain hitam selebar 2 inci di lengan kiri sebagai tanda penghormatan kita di atas kemangkatan DYMM Baginda Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang dikasihi selaku penaung Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.
Bacaan Al-Fatihah & bertafakur(bg bukan islam) di dalam perjumpaan pengakap.

-Tuan Haji Yaacob Bin Abd Karim-
Pesuruhjaya Negeri PPM Johor


Merafak Takziah



Merafak Takziah diatas kemangkatan Baginda Sultan yang dikasihi, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Al- Fatihah


Pembetulan Tarikh & Tempat bagi Mesyuarat Majlis Kelana Negeri Johor 1/2010



Tarikh: 30 Januari 2010
Masa: 2.00 Petang
Tempat: Hotel Nagaria Inn Kluang
(Taman Intan, bersebelahan Stesen Minyak Shell)

  • Sila Hubungi Encik Affendi untuk sebarang keterangan lanjut (0162978107)
  • Semua Ahli Majlis Kelana Johor,ADC Kelana dan Ketua Krew Kelana di setiap daerah dijemput hadir
  • Sekurang-kurangnya 3 atau 5 wakil dari setiap daerah
  • Tiada sebarang bayaran dikenakan




MESYUARAT PASUKAN KELANA NEGERI JOHOR 1/2010

TARIKH: 31 JANUARI 2010
MASA: 2.00 PTG
TEMPAT: DEWAN TAMAN INTAN
SILA HUBUNGI EN AFFENDY (0162978107)
UNTUK KETERANGAN LANJUT

PASUKAN PENGAKAP
KELANA NEGERI JOHOR
MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431
DAN TAHUN BARU 2010