PROGRAM BUBUR LAMBUK DAN MAJLIS TILAWAH DAN TADARUS AL-QURAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI JOHOR TAHUN 2010

Rujuk Surat: PPM -2(471)/2010 bth 21 Jul 2010 dan Surat PPMNJ/PTD/2010(6) bth 13 Ogos 2010.

1.       Sukacita dimaklumkan kepada semua ahli-ahli Pengakap Kelana dijemput untuk turut serta dan menyumbang tenaga bagi menjayakan PROGRAM BUBUR LAMBUK 2010. Pasukan Pengakap Kelana telah dipertanggungjawabkan untuk memasak BUBUR LAMBUK justeru ini Ahli-ahli Pengakap Kelana dijemput HADIR dan melaksanakan kerja-kerja memasak bubur lambuk ini.

 2.      Butir-butir untuk Program Memasak Bubur Lambuk adalah seperti berikut:
          a.    TARIKH    -   21 OGOS 2010/SABTU
          b.    MASA       -   0900 (KEHADIRAN KELANA)
          c.    TEMPAT  -    KEM PENGAKAP TG LABUH BATU PAHAT
          d.    PAKAIAN -   BAJU T PENGAKAP (MASA MEMASAK)
                                         BAJU PENGAKAP (AGIHAN BUBUR LAMBUK)
                                         BAJU KEBANGSAAN (TILAWAH & TADARUS)

3.     Ahli-ahli Kelana yang akan hadir sila bawa BUKU LOG untuk aktiviti Lencana Perkhidmatan dan Sijil Aktiviti akan dikeluarkan kepada ahli-ahli Kelana yang terlibat.
4.     Digalakan kepada ahli-ahli untuk membawa sumbangan bahan-bahan memasak Bubur Lambuk. Sekiranya ada pertanyaan boleh berhubung terus di nombor 016-2978107.

5.     Kerjasama ahli-ahli Kelana amat dialu-alukan dan diucapkan jutaan terima kasih.
 

0 comments:

Post a Comment