PROGRAM BUBUR LAMBUK DAN MAJLIS TILAWAH DAN TADARUS AL-QURAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI JOHOR TAHUN 2010
Rujuk Surat: PPM -2(471)/2010 bth 21 Jul 2010 dan Surat PPMNJ/PTD/2010(6) bth 13 Ogos 2010.
1. Sukacita dimaklumkan kepada semua ahli-ahli Pengakap Kelana dijemput untuk turut serta dan menyumbang tenaga bagi menjayakan PROGRAM BUBUR LAMBUK 2010. Pasukan Pengakap Kelana telah dipertanggungjawabkan untuk memasak BUBUR LAMBUK justeru ini Ahli-ahli Pengakap Kelana dijemput HADIR dan melaksanakan kerja-kerja memasak bubur lambuk ini.
2. Butir-butir untuk Program Memasak Bubur Lambuk adalah seperti berikut:
a. TARIKH - 21 OGOS 2010/SABTU
b. MASA - 0900 (KEHADIRAN KELANA)
c. TEMPAT - KEM PENGAKAP TG LABUH BATU PAHAT
d. PAKAIAN - BAJU T PENGAKAP (MASA MEMASAK)
BAJU PENGAKAP (AGIHAN BUBUR LAMBUK)
BAJU KEBANGSAAN (TILAWAH & TADARUS)
3. Ahli-ahli Kelana yang akan hadir sila bawa BUKU LOG untuk aktiviti Lencana Perkhidmatan dan Sijil Aktiviti akan dikeluarkan kepada ahli-ahli Kelana yang terlibat.
4. Digalakan kepada ahli-ahli untuk membawa sumbangan bahan-bahan memasak Bubur Lambuk. Sekiranya ada pertanyaan boleh berhubung terus di nombor 016-2978107.
5. Kerjasama ahli-ahli Kelana amat dialu-alukan dan diucapkan jutaan terima kasih.
0 comments: