Ucapan Selamat Tahun Baru

Kepada semua Ahli Majlis Kelana Negeri Johor, pemimpin kelana
dan ahli-ahli kelana di negeri Johor dan seluruh dunia amnya.
Terimalah ucapan ikhlas dan penuh bermakna;
"Selamat Menyambut Tahun Baru 2008"
Semoga semangat dan azam pada tahun 2008
menuju ke arah kecemerlangan berpengakap dan
progresif dalam menjalankan aktiviti kelana khususnya.

BERITA : Pak Unggal Kembali Kerahmatullah

Tarikh : 29 Dis. 2007
Hari : Jumaat
Tempat : IJN Kuala Lumpur

Pak Unggl telah menghembuskan nafas terakhir selepas
menjalani pembedahan 9.30 pg. 29 Dis. 2007 (Jumaat).
Urusan membawa jenazah kembali ke Muar,
Johor sedang dilakukan untuk disemadikan.


"Al- Fatihah"


Semoga roh almarhum dicucuri rahmat Allah s.w.t dan ditempatkan
bersama golongan orang yang beriman. Amin.

Kepada semua ahli Pengakap yang diluar sana yang kelapangan bolehlah
menziarahi jenazah almarhum buat kali terakhirnya. Terima kasih.

BERITA : Pak Unggal Menjalani Pembedahan


Tarikh : 26 Dis. 2007
Hari : Rabu
Tempat : IJN, Kuala Lumpur


Lawatan rasmi PPM Negeri Johor ke atas Pak Unggal.



Marilah kita bersama doakan akan kejayaan pembedahan ke atasnya,

dan semoga Pak Unggal segera sembuh serta sihat walafiat.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 1428H

Kepada semua ahli Kelana di mana jua anda berada,
khususnya Kelana Negeri Johor.
Kami ahli Majlis Pengakap Kelana Negeri Johor ingin mengucapkan
selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha
dengan ucapan ;
"Semoga segala pengorbanan anda diberkati Allah s.w.t.
dalam memberi perkhidmatan atau bantuan kepada
mereka yang memerlukan pertolongan".

Kelana Johor di Perkhemahan Belia

Tarikh : 15-16 Dis. 2007
Tempat : Dataran Pt. Sulong, Bt. Pahat

Turut menyertai perbarisan bersama pasukan Wataniah dan JPA3


Mengetuai bacaan ikrar "Belia Cintai Alam"

Cadangkan Aktiviti Kelana Johor Bagi Tahun 2008 : Sempena Jambori Antarabangsa Johor ke-24

Kepada ahli-ahli kelana negeri Johor, pihak Majlis Kelana Negeri Johor
sangat mengalu-alukan idea, pandangan dan cadangan yang positif dan
membina untuk Kelana dan pergerakan PPM Negeri Johor amnya.
"Pastikan Anda Menjadi Ahli Pengakap Yang Berdaftar"

BERITA : Keadaan Kesihatan Pak Unggal

Tetap ceria dan membara semangat Berpengakap.
"Tak sabar untuk ke Kem Jubli Intan dan Kem Bt. 21 Muar"
"Harap semua doakan kesihatan saya supaya cepat sembuh"
Itulah antara ungkapan beliau yang masih di IJN, dan dijangka
menjalani pembedahan jantung dalam masa terdekat.
Harapan kami semoga Pak Unggal segera sihat dan terus
menyumbang bakti dalam Pengakap.

Rakaman Foto Perwakilan Kolokium Negeri Johor bersama Kelana Daerah JB

Perwakilan Kolokium dari PPM Negeri Johor telah diketuai oleh
Tn. Hj. Yaacob b. A Karim, Pesuruhjaya Negeri Johor.

Rakaman Foto Peserta Kolokium Pesuruhjaya Pengakap Malaysia 2007

Segak dan bersemangat.
"Sekali Berpengakap Terus Berpengakap"

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke-24, Majlis Pengakap Malaysia

Tarikh : 15 Dis. 2007
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Kuliah Kolej 17
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM

Mesyuarat ini sangat penting bagi menentukan halatuju PPM
ke arah kecemerlangan dan akan membawa resolusi
Kolokium Pesuruhjaya Pengakap Malaysia 2007.

Selamat bermesyuarat kepada semua pemimpin dan
ahli Majlis Pengakap Malaysia.

Kolokium Pesuruhjaya Pengakap Malaysia

Tarikh : 10 - 14 Dis. 2007
Tempat : Universiti Putra Malaysia, Serdang
Anjuran : PPM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia
dan Kementerian Belia dan Sukan

Rakaman Foto Mesyuarat Majlis Kelana Negeri

Perjumpaan dimulakan dengan Persetiaan Pengakap.
Tahniah kepada daerah Pontian kerana telah berjaya
mengelola perjumpaan kelana kali ini.
Bagi perjumpaan 2008, Johor Bahru akan menjadi tuan rumah.
Jumpa anda di sana....

PERKHEMAHAN BELIA

Tarikh : 15 - 16 Dis. 2007
Tempat : Pt. Sulong, Batu Pahat
Sasaran : Terbuka kepada semua ahli kelana
Yuran : Percuma termasuk penginapan & makan minum.

Jangan lepaskan peluang ini daftar penyertaan anda dengan
Majlis Kelana Negeri Johor. Cepat JANGAN ketinggalan.....

Sekitar Mesyuarat MKNJ bil. 3/2007

Ahli mesyuarat yang hadir telah berbincang dan menerima cadangan takwim
program MKNJ 2008. Selepas dikemaskini takwim ini akan diedarkan
kepada semua daerah untuk tindakan setiap ahli.

Usaha pendaftaran ahli baru bagi tahun 2008 telah mula dibuka dan akan
diurus secara berpusat di peringkat MKNJ.

Syabas dan tahniah kepada kelana Pontian kerana telah berjaya mengelola
mesyuarat kali ini. Pada mesyuarat akan datang Kelana Johor Bahru
akan menjadi tuan rumah.

Seminar Pemantapan & Pencambahan Minda

Tarikh :10 - 11 Dis. 2007 (Isnin/Selasa)
Masa : 2.00 ptg.
Tempat : Kompleks Usahawan KAP, Pontian
Yuran : Percuma
Syarat am : 40 peserta drp. ahli Pengakap
berusia antara 16 - 25 tahun. Jangan lepaskan peluang ini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi DC Pontian.

Mesyuarat Majlis Kelana Negeri Bil. 3/2007

Tarikh : 25 Nov. 2007
Hari : Ahad
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Mesy. Pjbt. UMNO Bhg. Tg. Piai,
Bdr. Baru Pontian (atas Kedai Anakku)
Pengelolaan : PPD. Pontian (Kelana) dan AJKnya
Pakaian : Uniform

Rover Moot Wilayah Jengka

Tarikh :22-25 Februari 2008
Hari : Jumaat-Isnin
Tempat : Kem Tg. Mahkota Bandar Jengka
Yuran : RM100.00 sahaja (termasuk makan)

Kelana Johor nak menyertai ke????
Jikalau nak joint, marilah pakat-pakat kita pergi.... OK.

Ingin Menyertai Lawatan/Peserta Jambori

Jika anda berminat nak sertai program jambori penghujung tahun 2007,
sila hubungi pengelola program seperti butiran di bawah :

1) Jambori Dumai, Indonesia – Tn. Hj. Mazlan Hj. Zaini
2) Jambori di Chengmai, Thailand – En. Mohamad Yusof Hussain


Jangan tunggu lama-lama segera daftarkan penyertaan anda.

Jemputlah ke Kem Jubli Intan Tanjung Laboh


Tawaran disediakan :
Tapak perkhemahan
Berkursus
Tempat Mesyuarat
Rekreasi
Bersukan
Lokasi Aktiviti Pertandingan



Sila hubungi pihak Pengurusan Kem
en. Mohd Khir Hj. Muda (No. H/P :013-7272272)
No. Telefon Pengurus : 07-4289254
No. Telefon Pejabat Kem : 07-4288249
No. Telefon Pusat Sumber : 07-4288982


KUNJUNGILAH KAMI SAMBIL MENYUMBANG KEPADA
PERGERAKAN PENGAKAP NEGERI JOHOR.

PINDAAN TARIKH PROGRAM

1) Mesyuarat Majlis Kelana Negeri

Tarikh baru : 25 Nov. 2007 (Ahad)
Tempat : Pejabat UMNO Bhg. Tg. Piai, Bdr. Baru Pontian
Masa : 2.00 petang

2) Kursus Manikayu Modul A dan B Anjuran PPMDJB

Tarikh :14 - 16 Dis. 2007
Temapat : Johor Bahru

JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008


Keputusan Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Negeri Johor kali ke-3 2007,
telah menetapkan Jambori Antarabangsa Johor kali ke-24
akan diadakan pada 18 hingga 23 Ogos 2008
bertempat di Kem Jubli Intan Tanjung Laboh, Batu Pahat.
Jemputlah datang beramai-ramai untuk mengeratkan
"Persaudaraan Pengakap".

Jemputan Memeriahkan Group Pengakap Hulu Terengganu

PokcikSham esh_tie@yahoo.com

Salam pengakap Kepada Semua....

Jemputan ini adalah bagi semua ahli Pengakap yang berminat untuk meramaikan kenalan serta merapatkan persaudaraan Pengakap di antara Pengakap Johor dan Hulu Terengganu di group kami : quber_scout. ...
Semoga satu hari kita boleh bersama-sama berkumpul di Johor atau di Hulu Terengganu.. ..Kami memiliki sebuah kawasan perkhemahan di Kg Belukar Bukit, Ajil dengan panorama yang masih asli...
Tiada sebarang kemudahan elektrik atau bekalan air....
sesuai untuk Pengakap yang sukakan adventure dan survival....
Kami akan mencuba untuk mendapatkan satu lagi kawasan perkhemahan berhampiran dengan kg Orang Asli Sungai Berua, Kuala Berang...
Salam PengakapWassalamEsham BusuPengerusi Pasukan LatihanDaerah Hulu Terengganu

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Kali Ketiga 2007

Tarikh : 10 Nov. 2007 (Sabtu)
Masa :9.3- pagi
Tempat : Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri turut akan diadakan
selepas selesai mesyuarat MPNJ.

Program Akhir Tahun : Perkhemahan Keluarga Kelana

Tujuan utama ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan meningkatkan
semangat kekitaan di kalangan anggota kelana negeri Johor. Disamping itu ia
merupakan program akhir sebelum tahun 2007 melabuh tirai.
Justeru itu perkhemahan dua hari semalam ini lebih
merupakan agenda kekeluarga kelana yang turut
melibatkan ahli keluarga anggota yang menyertai.
Semoga anda diluar sana dapat bersama
memeriahkan program ini. Sesiapa yang
berminat untuk menyertai perkhemahan ini
sila maklumkan penyertaan anda secara email
kepada kelanajohor@yahoo.com atau hubungi 019-7575604.

PPM Daerah Johor Bahru Menjalankan Kursus

Satu Kursus Manikayu Modul A dan B bagi Unit Pengakap Kelana
akan dianjurkan PPMDJB pada 30 Nov. hingga 2 Dis. 2007.
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi :
SU PLDJB, sdr. Afzainizam (019-7782284).

Syabas di atas daya usaha PLDJB, PPMDJB.

BERSIAP SEDIA : BANJIR

Tarikh : 23 Okt. 2007
Tempat : Muar dan Batu Pahat

Daerah Muar : Pt. Sakai, Pt. Jamil dan Pt. Bakar

Daerah Batu Pahat : Kg. Ayer Putih (Sri Medan),
Kg. Bt. 21 (jln. Muar Pt. Sulong), Kg. Pt. Sentang Batu,
Kg. Pt. Lapis Laman, Kg. Pt. Lama, dan Kg. Pt. Othman (Pt. Sulong)

Semua anggota kelana Johor, diminta bersedia bagi membantu mangsa
banjir di daerah yang terlibat. Jika keadaan semakin serius,
segera maklumkan kepada Majlis Kelana Negeri,
atau jika kawasan anda juga terjejas.

Marhaban di rumah Pn. Nursidah

Pn. Nursidah rumahnya cantik, pintu mahal, pagar pun besar,
syiling counis lantainya mamar..... antara bunyi doa yang dipohonkan.
Kesian mereka nie keletihan?
Ini baru separuh jalan (50 km) ada 50 km lagilah brother.....

Hidangan nasi ayam di rumah Pak Hasan Kandar

Shhuuuh......? Ini bukan isteri Pak Hasan.... anak-anak beliau pun BUKAN.
Ini mambang hijau, mambang merah, mambang ungu...... tau.

Kunjungan di rumah Tn. Hj. Mohd Ali bin Hj. Mohd Noh


Sehari Marhaban Kelana

Tarikh : 20 Okt. 2007 / 8 Syawal 1428
Hari : Sabtu
Masa : 9.30 pg - 8.00 mlm
Tempat : Tmn. Setia Jaya (bandar) via Pt. Jalil via Pt. Sulong
via Pt. Raja via Pt. Hailam via Sg. Lurus via Sri Medan

Yang berjasa harus dikenang,
Yang lupa harus ditandang,
Yang rindu harus disayang,
Yang lupa harus dipandang,
Yang keroh harus dibuang,
Yang adat harus dipegang......

Sesibuk manapun kita....?
Yang muda harus mengingati yang tua.

Ikuti rakaman kunjungan marhaban pemimpin dan kelana tempohari.

Penghargaan dan Terima Kasih

Majlis Kelana Negeri Johor amat terharu dan tersanjung dengan kesudian serta sambutan tuan-tuan rumah seisi keluarga, menerima kunjungan marhaban kumpulan pemimpin (PPNJ/PPD)
dan ahli kelana.
En. Ramli b. Ibrahim
Tn. Hj. Mohd Ali b. Hj. Mohd Noh
YM. Raja Iskandar b. Raja Ali
En. Hasan b. Kandar
En. Zaid Mazri b. Buhari
Pn. Nursidah bt. Abd Hamid
En. Reduwan b. Ahmad
Tn. Hj. Samsi b. Nasir
En. Mohd Khir b. Hj. Muda
En. Mohd Asik b. Saim

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Ucapan Takziah

Marilah kita sedekahkan surah Al-Ikhlas kepada arwah Cikgu Zainal (Pontian),
yang telah meninggal dunia pada awal Ramadan lalu.

Al-Fatihah....

Semasa hidupnya arwah adalah salah seorang tokoh pemimpin Pengakap daerah Pontian
yang aktif dan banyak menyumbang jasa. Beliau adalah seorang yang dihormati serta
disenangi oleh rakan dan budak-budak Pengakap. Pemergiannya amat dirasai,
khususnya ahli Pengakap daerah Pontian dan
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

Takziah kepada seluruh keluarga arwah cikgu Zainal.

Jasamu tetap dikenang.

Jemputan Menyertai Marhaban

Tarikh : 20 Okt. 2007 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Batu Pahat
Pakaian : Baju Melayu

Dipersilakan anggota kelana negeri Johor yang berminat untuk menyertai program marhaban sehari. Tujuan dianjurkan adalah untuk mengeratkan persaudaraan di antara ahli Pengakap, di samping memupuk nilai berkunjung; yang muda melawat yang tua. Dan satu tabung derma kilat akan dijalankan bagi membantu rakan kelana, sdr. Azlan Shah Mohd Top yang mengalami musibah (rumah terbakar).

Tahniah di atas Kejayaan Majlis Berbuka Kelana

Tarikh : 11 Okt. 2007 (Khamis)
Tempat : Simpang Renggam, Kluang

Syabas dan taniah kepada ahli jawatankuasa Majlis Kelana Negeri
yang telah berjaya mengelola dan mengumpulkan sebilangan
anggota kelana dari beberapa daerah.

Kehadiran lebih kurang 30 orang kelana dan 16 orang VIP,
turut hadir Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

Majlis dimulakan pada pukul 6.20 ptg. dengan ucapan
PPNJ Unit Kelana, diikuti dengan majlis tahlil ringkas,
berbuka dan solat maghrib berjemaah. Seterusnya
jamuan makan (menu Nasi Jagung Simpang Renggam).
Selanjutnya ucapan ringkas dari Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
Bergambar kenangan dan diikuti taklimat ringkas dari PPNJ Unit Kelana.

Terima kasih di atas sokongan dan kehadiran anggota kelana.

Risik-risik : Program Pontian

Dengar-dengarnya, PPM daerah Pontian merancang
mengadakan Perhimpunan Pengakap Daerah Pontian
pada 17 hingga 20 November 2007.

Jangan lupa pulak nak jemput kawan-kawan dari daerah
lain ok. Semoga usaha yang murni ini dapat diteruskan,
dan segala yang dirancang mencapai kejayaan sukses.

Titipan Kenangan : Kursus Manikayu Unit Kelana Modul B

Tarikh : 23 - 25 Ogs. 2007
Tempat : Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh

Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta kursus yang telah
berjaya menamatkan manikayu peringkat Modul B. Semoga anda
akan terus mengikuti modul-modul selanjutnya, sehingga mendapat
Tauliah Manikayu. Semoga sukses dan maju jaya.

SU Kehormat Majlis Pengakap Negeri Johor

Tarikh : 29 Sept 2007
Tempat : Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh

Setiausaha Kehormat MPNJ yang baru telah mengadakan lawatan rasmi

meninjau kawasan kem, serta turut hadir bersama dalam Mesyuarat

Jambori Antarabangsa Johor 2008 kali pertama. Beliau yang

dimaksudkan ialah encik Mohd Fahmy bin Yahya.



"Syabas dan tahniah di atas perlantikan tuan".

Keratan Akhbar : BERITA HARIAN

4 Okt. 2007 / 22 Ramadan 1428
Seri Paduka Anugerah Bintang Pengakap
YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga
Penaung Agung Persekutuan Pengakap Malaysia berbincang hal
pergerakan Pengakap dengan Raja Sweeden,
Raja Carl Gustav ke-16 yang juga Presiden Kehormat
Yayasan Pengakap Dunia di Istana Negara Kuala Lumpur.
Seri Paduka turut berkenan menyampaikan bintang tertinggi
Persekutuan Pengakap Malaysia “Semangat Padi Emas
kepada Raja Carl Gustav.

Teropong Runcing : Jambori Melaka 2007


Pertandingan Mencipta Logo Kelana Johor

Majlis Kelana Johor menganjurkan pertandingan mencipta logo
khas bagi Kelana Negeri Johor. Ia bertujuan sebagai satu
"trade mark" serta pembaharuan imej terkini, yang penuh
dengan semangat membara dan idea yang tajam.

Syarat-syarat pertandingan :
1. terbuka kepada sesiapa yang berminat
2. ciptaan asli dan hak cipta tersendiri
3. melambangkan maksud dan pengertian sesuai dengan "Kelana Negeri Johor"
4. setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan
5. tarikh tutup penyertaan sebelum atau pada 1 Januari 2008

Keterangan lanjut sila hubungi sdr. Azman (0122631741) atau email kami di : kelanajohor@yahoo.com.

BERITA : Pak Unggal dirawat

Tarikh : 2 Sept. 2007
Tempat : HUKM, Kuala Lumpur

Tn. Hj. Hamzah b. Maslan (Pak Unggal),PPNJ Kesihatan,Kecemasan & Bencana Alam

juga merupakan mantan PPNJ Unit Kelana sekarang berada dalam keadaan stabil
tetapi membimbangkan. Ini kerana beliau berkemungkinan akan menjalani satu
lagi pembedahan bagi mengatasi masalah saluran tersumbat pada jantungnya.

Bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan beliau
dan agar kesihatannya segera pulih seperti biasa.

Pejabat Kelana Johor

Marilah kita berkongsi usaha dalam mewujudkan sebuah pusat gerakan (pejabat),
yang boleh memberi satu kemudahan dan imej baru kepada kelana negeri Johor.
Setidak-tidaknya selepas mencapai 100 tahun usia Pengakap dunia,
menjelang 2008 kita mampu berbangga dengan memiliki satu
pusat pentadbiran sendiri.
Satu tekad ke arah mencapai kecemerlangan berkelana.

Wawasan Majlis Kelana Negeri.

Rumah Majlis Berbuka Puasa Kelana

Tarikh: 11 Oktober 2007 bersamaan 29 Ramadan 1428
Hari : Khamis
Masa: 6.30 ptg.
Destinasi: Rumah Tn. Hj. Mazlan b. Hj. Zaini

Alamat :

Lot 2055, Bt. 45 ½, Jln. Johor,
86200 Simpang Renggam, Johor.


Jangan lupa, marilah hadir bagi memeriahkan majlis.
Kami tunggu anda di sana ...........

Keterangan lanjut sila hubungi : sdr. Zaid (0194332195) atau
sdr. Azman (0122631741)

Keratan Akbar : BERITA MINGGU

Sabtu 29 September 2007/ 17 Ramadan 1428

Seri Paduka Penaung Persekutuan Pengakap

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam berkenan menjadi penaung Persekutuan Pengakap Malaysia bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Baginda juga berkenan untuk memberi anugerah tertinggi kepada pengakap remaja, iaitu Sijil Pengakap Diraja yang ditandatangani baginda sendiri sebagai penaung Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan Raja-Raja Melayu, penaung pengakap negeri. Perkenan itu dinyatakan Seri Paduka kepada Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh, pada majlis menghadap di Istana Terengganu di sini, semalam.

Turut menghadap Anggota Tertinggi PPM itu Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Kolonel Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar; Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Abdul Shukor Mohsin dan Setiausaha Agung yang juga Ketua Setiausaha Eksekutif PPM, Mohd Zaki Nurud-Din. Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Mohd Shafie berkata, perkenan Seri Paduka menjadi penaung dan menganugerahkan Sijil Pengakap Diraja adalah pengiktirafan kepada PPM, khususnya di Wilayah Persekutuan. Katanya, sijil itu hanya diberi bagi mereka yang lulus beberapa ujian kepengakapan PPM.


"Jika tidak ada halangan, anugerah itu akan dimulakan tahun depan," katanya. Beliau berkata, PPM juga sedang mengambil langkah ke arah membentuk gabungan Persekutuan Pengakap Asean bagi mengukuhkan kerjasama badan itu di rantau ini. "Kita sudah berbincang dengan semua Pesuruhjaya Pengakap Asean dan mereka menyatakan persetujuan membentuk gabungan itu. "Perkara ini pernah dibincang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhiyono di Jakarta, beberapa bulan lalu ketika beliau menerima pingat tertinggi pengakap Indonesia. "Kita juga sudah memaklumkan kepada Sekretariat Asean di Jakarta berhubung perkara itu (pembentukan Persekutuan Pengakap Asean)," katanya. Mohd Shafie berkata, Raja Sweden selaku Presiden Kehormat Yayasan Pengakap Sedunia, Karl Gustav XVI, juga akan menghadap Tuanku Mizan pada 3 Oktober ini, bagi membincangkan aktiviti pengakap di negara ini. Sementara itu, Kamaruddin berkata, PPM mensasarkan menjelang 2010, persekutuan itu akan mempunyai sejuta ahli dan menjadi antara badan kerajaan yang akan mempelopori program untuk keamanan sejagat. Katanya, ketika ini ada kira-kira 26 juta ahli pengakap di 166 negara termasuk 250,000 di negara ini.

BERITA : Mesyuarat Jawatankuasa Jambori Antarabagsa Johor 2008

Tarikh : 29 Sept. 2007 (Sabtu)
Masa : 2.00 ptg.
Tempat : Kem Jubli Intan, Tg. Laboh

Turut diadakan Majlis Berbuka Puasa, khabarnya

yang hadir semuanya Pen. Pesuruhjaya Negeri
dan Pesuruhjaya Daerah. Antara yang menjadi
tajuk perbincangan utama, pelan tindakan
semua jawatankuasa yang terlibat.

Camporee Muhibbah ke-14

Saudara kelana yang berminat dijemput untuk bersama kontinjen
Pengakap Negeri Johor bagi menyertai program di atas.

Tarikh : 30 Nov. hingga 5 Nov. 2007
Tempat : Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr. Ismail
Yuran : RM70.00 seorang

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
Ketua kontinjen En. Kamis b. Hasan (DC Mersing)
di talian 017-7034686.

Majlis Berbuka Kelana

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh Majlis Berbuka Kelana Negeri
akan dipinda ke 11 Oktober 2007 (Khamis), bersamaan
29 Ramadhan 1428H. Tempat dan masa masih sama.
Harap maklum.

Salam Perantauan

Salam Pengakap . . . . .
Kepada semua saudara kelana yang berada di luar sana,
Mungkin anda berada di negeri orang atau di luar negara sedang
menuntut mahupun bertugas, selamat menjalani ibadah puasa.
Bersempena menanti saat ketibaan lebaran, jangan lupa kaum keluarga,
sanak-saudara, rakan-taulan di kampung. Pulanglah ke kampung halaman
bila hari raya nanti. Jika tidak berpeluang hantarlah kad hari raya atau
khabar walau dengan apa cara sekalipun. Yang berpeluang pulang beraya,
rancanglah perjalanan anda sejak awal lagi. Dan berhati-hati di jalan raya.
Semoga selamat sampai ke pangkuan yang tersayang.
Selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung halaman.

Sukarelawan : Petugas Jambori (Helper)

Anda berminat menjayakan Jambori Antarabangsa Johor 2008,
sertailah kami sebagai petugas rasmi. Antara kelayakan asas adalah :

1. warganegara Malaysia
2. ahli kelana negeri Johor
3. komited dan sanggup menerima cabaran

Segeralah mendaftar dengan menghantar email kepada kami.
Apa tunggu lagi? Cepat, sebelum terlewat . . . . . . . .

Program Kelana Negeri 2008

Kelana Negeri Johor akan menyusun progran dan aktiviti untuk tahun 2008.
Bagi menggalakkan penyertaan serta memenuhi keperluan para ahli, kami
akan menimbang syor dan cadangan saudara-saudara di luar sana. Segala
idea yang bernas serta membina amat dialu-alukan. Bersama-sama kita
merialisasikan satu matlamat yang gemilang.

Terima kasih di atas sokongan anda.

JAJ 2008 pada MAC

Khabar angin bertiup kencang.....

Jambori Antarabangsa Johor ke-24, akan diawalkan tarikhnya kepada
bulan Mac 2008. Ini sesuatu yang menarik, dan pasti ada berita baik bagi
semua ahli Pengakap yang akan menyertainya. Walaupun berita ini adalah
tidak rasmi, tetapi sumber yang diperolehi ini merupakan satu isyarat
kepada anda yang ingin turut serta supaya bersedia dari sekarang.

Jumpa anda di sana.

Email Rasmi Kelana Johor

Selari dengan perkembangan ICT, Majlis Kelana Negeri Johor
mengorak selangkah lagi dengan melancarkan email rasmi.
Ia bertujuan memudahkan semua ahli dan orang ramai
untuk berhubung terus pada bila-bila masa,
tidak kira di mana jua anda berada,
segalanya dihujung jari.

Kami MKNJ berharap semua pihak dapat memanfaatkan kemudahan ini,
di samping memberi keuntungan atau kebaikan kepada semua pihak.

Berhubung terus dengan kami menerusi : kelanajohor@yahoo.com

"Kami pasti berada disisi anda selalu".

Pendaftaran Ahli Kelana 2007/2008

Jika anda di luar sana yang bermotivasi tinggi atau gemar
dalam pergerakan pasukan sukarelawan Pengakap,
sila daftarkan diri anda sekarang.

Mungkin anda seorang bekas ahli Pengakap atau sebaliknya,
aktifkan diri anda dengan BERPENGAKAP. Segera berhubung
dengan wakil kami di setiap daerah iaitu melalui Pesuruhjaya
Pengakap Daerah atau Penolong Pesuruhjaya Daerah Unit Kelana,
atau en. Azman Zakaria (Setiausaha Majlis Kelana Negeri) di talian:
012-2631741, untuk keterangan lanjut.

Syarat-syarat am seperti :
1. berusia 17 tahun ke atas.
2. yuran wajib sebagai ahli PPM sebanyak RM10.00 sahaja.

Penyertaan dan sokongan anda amat dihargai serta dialu-alukan.

Sambutan Hari Keluarga di Ambang Kemerdekaan

30 Ogs. 2007
Bertempat di Surau Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh.

Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-50, pihak penyelia kem dan ahli jawatankuasanya telah menganjurkan program empat dalam satu, iaitu hari keluarga PPM Negeri Johor, Yasin dan tahlil bagi arwah bekas pemimpin-pemimpin Pengakap terdahulu,
serta sempena pembukaan surau wanita baru.

Terima kasih di atas inisiatif penganjur, dan tidak dilupakan sokongan padu dari para tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis ini.

Kelana Johor Menyertai 1st Brunei Rover Moot 2007

6 Sept. 2007
Bertempat di Dewan TIGS, Batu Pahat.


Satu majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Johor telah diadakan.
Seramai tujuh orang ahli kumpulan ini akan berangkat ke Brunei dari KLIA.
Para peserta akan berkampung di Pusat Latihan Pengakap Kebangsaan,
Kompleks PPNB, Jalan Gadong dari 7 hingga 11 Sept. 2007. Antara yang
turut serta dalam kontinjen ini adalah :

Tn. Hj. Yaacob b. A Karim
Penasihat
Pn. Nursidah bt. Ab Hamid
Ketua Kontinjen
En. Norhizat b. Mahad
Pen. Ketua Kontinjen

Siti Syafiqah bt. Bachok
Azwazee bt. Mohd Daim
Nurlina bt. Rahim
Nor Shahira bt. Daud
Nur Aifaa Aqilah bt. Abd Latif

Syabas di atas komitmen tinggi anda, dan selamat pulang ke tanahair.

Perbarisan Sempena 50 Tahun Kemerdekaan : KEMAS

9 Sept. 2007
Bertempat di Dataran Parit Sulong, Batu Pahat.

Seramai lebih kurang 500 orang hadir memeriahkan acara ini.
Peserta yang terlibat terdiri daripada ibu bapa, dan anak-anak
Tadika Kemas. Penuh warna-warni dan sungguh ceria. Tahniah
diucapkan kepada barisan urusetia dan petugas. Tidak ketinggalan
juga pasukan Pengakap dari Pt. Sulong yang turun padang bersama
membantu. Orang pentadbiran PPNJ turut diundang sebagai hakim
perbarisan dan juruacara majlis tersebut. Tidak kira di mana tempatnya,
Pengakap sedia membantu.

Kelanasiswa UPSI Berkursus

6 hingga 9 Sept. 2007
Bertempat di Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh.

Seramai 26 orang peserta Kelanasiswa dari
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim,
telah mengadakan Kursus Manikayu Peringkat Satu.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh
Tn. Hj. Mohd Ali bin Hj. Mohd Noh, PPNJ Pentadbiran
merangkap Setiausaha Majlis Pesuruhjaya Negeri Johor.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada saudara-saudari
yang telah berjaya, ini menandakan anda telah maju
setapak lagi ke alam Kepemimpinan Pengakap.

Selamat Berpuasa

Assallamualaikum dan Salam Ramadhan al-Mubarak.

Selamat mengerjakan ibadah puasa,
dan solat Sunat Tarawih diucapkan kepada semua
kaum muslimin dan muslimat yang melayari blog ini.
Bersempena bulan yang mulia ini marilah
sama-sama kita meningkatkan amalan
serta memperbanyak sedekah,
semoga beroleh keberkatan
di atas segala usaha
dan kesabaran diri.

Daripada PPNJ Kelana dan seisi keluarga.

Aktiviti Kelana Johor

Sabtu, 9 Sept. 2007.
Satu mesyuarat Majlis Kelana Negeri Johor telah diadakan seperti butiran berikut :
Tempat : Rumah Pengakap Daerah Muar
Masa : 2.30 petang

Antara program yang dijadualkan pada bulan Ramadhan hingga Syawal seperti :

i. 6 Okt. 2007 (Sabtu)
Majlis Berbuka Puasa
bertempat di No. 2055, Batu 45 1/2,
Jalan Johor, 86200 Simpang renggam, Johor.
[ Majlis bermula dari 6.30 petang]

ii. 20 Okt. 2007 (Sabtu)
Majlis Marhaban Kelana Johor
bertempat di daerah Batu Pahat.
[ Majlis bermula dari 10.00 pagi]

iii. 18 Nov. 2007 (Ahad)
Perjumpaan Kelana Johor (Road Show)
bertempat di Rumah Pengakap Daerah Pontian,
Serkat, Pontian.
[ Majlis bermula dari jam 2.00 petang]

Kepada ahli-ahli kelana Johor yang berminat menyertai sila hubungi
sdr. Azman Zakaria (012-2631741) @ sdr. Zaid Mazri Buhari (019-4332195)

* Tarikh dan masa tertakluk kepada pindaan semasa.

Selamat Datang


Assalamualaikum dan Salam Pengakap,

Kepada semua rakan-rakan... selamat datang diucapkan.

Jika ada perkembangan terkini, sila maklumkan di sini.

Terima Kasih.